KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini disebabkan peserta pasaran terus menumpukan kepada prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6725/6745 berbanding dolar US 4.6700/6730 ketika ditutup pada Jumaat.
Dilaporkan bahawa pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS telah menghantar petunjuk paling jelas untuk mengurangkan kadar faedah menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan diadakan pada 30-31 Julai.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
"Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah 105 mata selama tiga hari berturut-turut. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 China berada pada 4.7 peratus, kurang daripada jangkaan pasaran iaitu sebanyak 5.1 peratus.
"Oleh itu, pasaran menjangkakan lebih banyak rangsangan ekonomi akan diumumkan oleh pihak berkuasa China untuk membendung kelembapan pertumbuhan seterusnya," katanya.
Mohd Afzanizam berkata walaupun yuan China dan ringgit cenderung mempunyai korelasi yang kukuh, peserta pasaran terus memberi tumpuan kepada prospek penurunan kadar faedah AS ketika ini.
Pada sesi dagangan hari ini, unit tempatan dibuka 4.6725 berbanding dolar US daripada 4.6700 pada Jumaat lepas seterusnya naik semula kepada 4.6715 berbanding dolar US.
Sementara itu, ringgit ditutup rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9578/9593 daripada 2.9338/9359 pada Jumaat, rendah berbanding pound Britain kepada 6.0658/0684 daripada 6.0481/0520 sebelumnya dan jatuh berbanding euro kepada 5.0991/1013 daripada 5.0838/0870 pada Jumaat.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain, berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.4810/4827 daripada 3.4768/4793 sebelumnya, menambah berbanding pseo Filipina kepada 7.99/7.99 daripada 8.00/8.00 pada Jumaat dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9007/9116 daripada 12.9023/9160 sebelumnya.
Mata wang tempatan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 288.9/289.2 daripada 289.3/289.7 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6725/6745 berbanding dolar US 4.6700/6730 ketika ditutup pada Jumaat. - Gambar fail/Bernama
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
Malaysia dijangka raih manfaat daripada dasar perdagangan Trump - Analisis KSI, ECKL
Malaysia bersedia untuk memanfaatkan peluang besar susulan kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS, terutama dalam menarik FDI dan meningkatkan potensi eksport.
IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengekalkan pertumbuhan sekitar empat peratus pada 2025.
KUSKOP sedia bantuan berterusan bantu PKS laksana gaji minimum baharu
KUSKOP menyediakan bantuan berterusan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu menjelang pelaksanaannya bulan depan.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
BMI unjur ekonomi Malaysia 2024 berdaya tahan pada 5.0 peratus
BMI, syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan ekonomi Malaysia pada 2024 berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 5.0 peratus.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta
Peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini juga menjadi peluang bagi negara ini menumpukan semula perhatian terhadap 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 9
KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.