KUALA LUMPUR: Pelabur asing merupakan penjual bersih saham tempatan di Bursa Malaysia minggu lepas dengan merekodkan sebanyak RM27.7 juta dan ini turut menandakan aliran keluar bersih yang lebih perlahan berbanding RM113.5 juta minggu sebelumnya, kata MIDF Research.
Jualan bersih oleh pelabur asing pada Isnin minggu lepas ialah RM107.4 juta dan RM58.3 juta pada Selasa sebelum mencatatkan belian bersih RM95.5 juta ( Rabu), RM11.8 juta (Khamis) dan RM30.8 juta pada Jumaat.
"Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih ialah utiliti (RM211.6 juta), hartanah (RM40.4 juta) dan tenaga (RM32.9 juta)," katanya dalam Laporan Aliran Dana untuk minggu berakhir 8 Sept 2023.
Tiga sektor paling bawah dengan aliran keluar asing bersih bagi minggu berkenaan ialah produk dan perkhidmatan kewangan (-RM226.0 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (-RM33.5 juta) dan produk dan perkhidmatan pengguna (-RM30.2 juta).
Setakat tahun ini, jualan bersih pelabur asing berjumlah RM2.70 bilion, kata firma penyelidikan itu.
Sebaliknya, institusi tempatan mengekalkan kadar belian bersih mereka untuk minggu keempat berturut-turut dengan sejumlah RM60.6 juta direkodkan minggu lepas.
"Jumlah belian bersih RM92.3 juta pada Isnin dan RM87.7 juta pada Selasa sudah memadai untuk menampung aliran keluar pada hari Rabu (RM79.6 juta), Khamis (RM11.1 juta) dan Jumaat (RM28.8 juta).
"Setakat tahun ini, institusi tempatan telah membeli bersih RM3.29 bilion ekuiti," kata MIDF Research.
Selain itu, ia menambah pelabur runcit tempatan terus menjual bersih yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut. Jumlah jualan bersih ialah sebanyak RM33.0 juta minggu lepas.
"Belian bersih pelabur tempatan pada Isnin berjumlah RM15.1 juta dan baki hari urus niaga sehingga Jumaat, mereka adalah penjual bersih. Setakat tahun ini, peruncit tempatan telah menjual bersih RM583.6 juta," kata MIDF.
Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) secara keseluruhan dalam kalangan pelabur asing (-51.1 peratus), pelabur institusi (-28.4 peratus) dan pelabur runcit (-26.6 peratus), tambah MIDF.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

Menurut MIDF Research, setakat tahun ini, jualan bersih pelabur asing berjumlah RM2.70 bilion.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.

MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi
Jualan domestik dijangka kekal lemah kerana pengguna mengutamakan pembelian penting.

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535.0 juta

Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.

Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.

Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.

Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.

Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.

Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).

Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.