LANGKAWI: Pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyasarkan untuk menarik pelaburan berjumlah RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir tahun 2023.
Malah, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Arham Abdul Rahman berkata, agensi itu telah bertemu dengan syarikat aeroangkasa luar negara serta domestik yang mempunyai potensi pelaburan berkaitan pembuatan dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aeroangkasa sewaktu acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23), baru-baru ini.
"Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.
"Visi strategik dan dedikasi MIDA adalah untuk merevolusikan masa depan industri aeroangkasa Malaysia," katanya kepada Bernama.
Arham turut menyenaraikan potensi membabitkan pembuatan komponen penting, memperluas perkhidmatan MRO, membangunkan keupayaan penukaran dan pengubahsuaian selain memperkukuh rantaian bekalan tempatan.
Menurutnya, Malaysia mempunyai peluang unik untuk menjadi hab aeroangkasa serantau sejajar dengan unjuran pertumbuhan dalam pasaran pengembaraan udara Asia Pasifik.
"Bagi menyokong pertumbuhan industri aeroangkasa ini, Malaysia boleh menumpukan usaha memperkukuh ekosistem rantaian bekalan tempatan, termasuk membangunkan keupayaan kejuruteraan, pembuatan elektronik, pengeluaran bahan maju dan penyepaduan sistem.
"Usaha pembinaan rantaian bekalan yang mantap akan membolehkan Malaysia menyediakan pelbagai komponen dan perkhidmatan komprehensif kepada industri aeroangksa," katanya.
Beliau turut berkongsi sentimen pelabur dalam industri itu di Malaysia yang secara amnya positif dan optimis, terutama menerusi kehadiran dan kerjasama syarikat global dan tempatan yang membentuk aspek pembangunan ekosistem sektor terbabit.
Industri aeroangksa Malaysia juga telah menyaksikan aliran peningkatan ketara dari segi pelaburan diluluskan bagi tempoh 2017-2019 yang melonjak daripada RM649.9 juta pada 2017 kepada RM2.07 bilion pada 2019.
"Bagi 2022, jumlah pelaburan diluluskan industri itu berjumlah RM146.8 juta dengan dua projek daripada syarikat milik penuh Malaysia selain mewujudkan 42 peluang pekerjaan," katanya.
Menyentuh industri pembinaan dan pembaikan kapal (SBSR), Arham berkata pelaburan bagi perancangan 2023 termasuk mewujudkan kemudahan pembinaan dan pembaikan kapal untuk industri pertahanan, komersial serta minyak dan gas luar pesisir.
"Jumlah pelaburan yang berpotensi bagi projek ini dianggarkan RM2 bilion dengan pelaksanaan secara berperingkat dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang," katanya.
Arham berkata bagi tempoh Januari hingga Mac 2023, Malaysia mencatatkan nilai eksport sebanyak RM133.5 juta bagi produk maritim, termasuk lima eksport utama berkaitan kapal tunda dan penolak (RM52.6 juta); kapal persiaran, kapal kargo dan tongkang (RM33.1 juta); kapal layar dan kapal lain bagi tujuan riadah atau sukan (RM31.6 juta); struktur terapung (RM15.8 juta); kapal ringan, pengorekan, dok terapung dan platform gerudi terapung atau tenggelam (RM0.3 juta).
"Destinasi eksport utama bagi tempoh itu adalah Indonesia (RM44.6 juta); Emiriah Arab Bersatu (RM22.1 juta); Amerika Syarikat (RM18.9 juta), Singapura (RM13.8 juta) dan Brunei (RM6.2 juta)," katanya.
Menurutnya, MIDA juga berharap dapat menarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat domestik dan asing, bukan hanya untuk aktiviti pembinaan dan pembaikan kapal tetapi dari segi komponen serta perkhidmatan lain berkaitan, termasuk melibatkan penyedia teknologi.
"Malaysia mengalu-alukan sebarang pelaburan syarikat asing dan tempatan dalam industri SBSR dan menyediakan peluang luas kepada pelabur untuk turut terlibat dalam aktiviti membina limbungan kapal, dok kering dan kemudahan pembaikan bagi memenuhi peningkatan permintaan di negara ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Arham turut menyenaraikan potensi membabitkan pembuatan komponen penting, memperluas perkhidmatan MRO, membangunkan keupayaan penukaran dan pengubahsuaian selain memperkukuh rantaian bekalan tempatan. -Gambar fail/Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.

MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.

MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.

MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dalam persekitaran pemulihan ekonomi domestik.

Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.

5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA
Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024.