KUALA LUMPUR: Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Penggalakan dan Fasilitasi Pelaburan) MIDA, Sivasuriyamoorthy Sundara Raja berkata, pencapaian itu melepasi sasaran pelaburan pendigitalan RM70 bilion yang ditetapkan sebagai sebahagian daripada strategi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia bagi 2025.
Beliau berkata, satu daripada bidang yang mencatatkan kecemerlangan dalam menarik pelaburan ialah pusat data berskala besar.
"Malaysia berkembang maju sebahagian besarnya dipacu penggunaan awal teknologi terkini dan melaksanakan model perniagaan inovatif yang memacu pertumbuhan lebih luas.
"Ekonomi digital telah membolehkan syarikat memperoleh akses kepada pasaran baharu dan membuka pelbagai kemungkinan untuk berdagang dengan memudahkan aliran lancar barangan, perkhidmatan dan data merentas sempadan," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Forum Perniagaan Asean 2024 di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, dalam ruang ekonomi, Malaysia dan Singapura secara substantif memuktamadkan kerangka kerjasama dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau.
Sivasuriyamoorthy berkata, rangka kerja ekonomi digital akan memperkasakan lagi perniagaan untuk menyepadukan operasi mereka secara digital di peringkat global, sekali gus meningkatkan daya saing ekonomi.
"Negara sedang melaksanakan strategi dan kriteria pelaburan pragmatik untuk institusi dan ekonomi, termasuk pencapaian teknologi pesat dan pendigitalan yang meluas.
"Ini merupakan kunci kepada kerelevanan berterusan negara sebagai hab antarabangsa untuk pengangkutan, perniagaan dan kewangan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.

MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.

MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.

MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dalam persekitaran pemulihan ekonomi domestik.

Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.

5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA
Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024.