KUALA LUMPUR: Malaysia antara negara ASEAN yang paling agresif menekankan keperluan untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara setakat ini telah menunjukkan minat yang baik terhadap pelaksanaan dedolarisasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, China antara paling aktif menyambut usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dolar AS, selain proses rundingan sedang berjalan antara Malaysia, Vietnam dan Kemboja.
Walaupun nilai perdagangan antara Malaysia dan Singapura adalah paling tinggi iaitu 15 peratus, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata negara itu tidak menunjukkan minat yang terlalu kuat untuk menggunakan wang tempatan dalam perdagangan.
"Kenyataannya ialah bahawa dolar masih merupakan kekuatan utama dalam perdagangan antarabangsa. Negara-negara memilihuntuk menggunakan dolar malah, kita baru sahaja dapat meterai perjanjian di ASEAN tahun ini supaya negara-negara lain seperti di Vietnam dan Kemboja, akan bersama.
"Cuma masalahnya, bila syarikat itu terlibat dalam perdagangan antarabangsa yang lain, jadi mereka sukar untuk mengambil kira kepentingan dua negara sahaja.
"Kemudian saya tidak lihat ada minat Jepun dan Hong Kong. (Kalau) kita mengikut urutan kepentingan perdagangan ialah Thailand. Indonesia telah masuk (minat).. Korea tidak.. India masih mengenakan sekatan penggunaan rupee luar India, melainkan untuk warganegara India. Jadi rundingan itu mengambil masa.
"Tangga ke-10 pasaran eksport Malaysia adalah Vietnam dan Presidennya telah pun memberi arahan supaya dipercepat proses rundingan yang berada antara dua negara ini," katanya di Dewan Rakyat pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri hari ini.
Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), bertanyakan adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan penggunaan mata wang tempatan dengan negara-negara yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi dengan Malaysia khususnya di peringkat ASEAN, Brazil, Rusia, serta Afrika Selatan.
Dedolarisasi merujuk kepada tindakan meninggalkan penggunaan dolar AS sebagai mata wang antarabangsa untuk pelbagai transaksi dagangan.
Menjawab lanjut, Ahli Parlimen Tambun itu berkata terdapat juga cadangan untuk melibatkan negara-negara BRICS, ini setakat ini paling ketara adalah China.
Begitu pun, Perdana Menteri berkata belum ada usaha untuk memperluaskan dedolarisasi ke Afrika dan Latin Amerika.
"Tetapi saya percaya dengan kejayaan ASEAN, dengan China ini menjadi tanda petunjuk untuk memungkinkan (tarikan negara-negara BRICS) kerana ada keuntungan bagi memperkukuh kedua-dua mata wang tempatan," tambah beliau.
Sementara itu menjawab soalan mengenai cadangan penggunaan mata wang dinar, Perdana Menteri menyifatkan ia sebagai satu cadangan yang baik dan tidak merugikan negara.
Sebaliknya, Anwar berpandangan penggunaan mata wang tersebut mampu mengukuhkan kekuatan dalaman domestik ekonomi negara masing-masing termasuk negara Islam.
Jelas Anwar, cadangan penggunaan mata wang dinar antara topik yang bakal diketengahkan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam, yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur Disember ini.
Hasimi Muhamad
Tue Oct 17 2023
Anwar berkata China antara paling aktif menyambut usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dolar AS, selain proses rundingan sedang berjalan antara Malaysia, Vietnam dan Kemboja - Foto/fail
Presiden Korea Selatan tidak hadir sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya
Bagi presiden menghadiri perbicaraan, isu keselamatan dan perlindungan peribadi perlu diselesaikan terlebih dahulu, kata peguam.
Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.
Perikanan tangkapan catat pengeluaran 1.42 juta tan metrik tahun lepas
Pengeluaran dari perairan laut pantai menyumbang sebanyak 86.7 peratus iaitu 1.23 juta tan metrik.
Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.
Institusi Al-Azhar kesal sikap tidak peduli dunia terhadap krisis kemanusiaan di Gaza
Keadaan teruk di Gaza dengan sekatan lebih 15 bulan telah menyebabkan penduduknya dalam penderitaan yang tidak dapat dibayangkan.
Redah perjalanan 135km demi sertai PLKN 3.0
Chee Ming Hang berkata, sejak kecil beliau memang meminati pasukan beruniform dan bercita-cita menjadi tentera selepas tamat belajar kelak.
Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.
Sebak anak perempuan, menantu, cucu pergi sekelip mata
Luluh hati seorang ibu selepas mendapat khabar duka anak perempuan, menantu dan tiga cucunya meninggal serentak dalam kemalangan tragis membabitkan dua kenderaan di Pekan.
Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan
Pasukan perseorangan wanita negara terus dicengkam kesuraman berpanjangan dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky sukar untuk menyembunyikan penilaiannya terhadap pemain.
Gadis hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat di masjid
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu berjaya ditemui selamat di sebuah masjid di Ampang Jaya, awal pagi tadi.
WEF sahkan Anwar sertai Mesyuarat Tahunan 2025 di Davos
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.