KUALA LUMPUR:Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan bagi pembuatan bernilai tinggi dan perkhidmatan global di Asia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Negara kekal menjadi destinasi pelaburan dengan persekitaran yang menyokong termasuk prasarana yang baik, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan perbankan, industri sokongan, tenaga kerja mahir dan boleh dilatih serta peluang pasaran yang ditawarkan menerusi 16 Perjanjian Perdagangan yang ia telah meterai.
MIDA berkata demikian sebagai menyangkal satu laporan akhbar harian Singapura berkaitan pelabur asing yang keluar dari Malaysia, dengan menegaskan bahawa perkara itu tidak benar.
"Laporan itu dengan secara salah menunjukkan bahawa laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNCTAD) mengesahkan apa yang telah diperkatakan berdasaran pemerhatian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MIDA berkata ia telah mengenal pasti 240 projek pelaburan asing berprofil tinggi termasuk syarikat Fortune 500 dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dengan gabungan potensi nilai pelaburan sebanyak RM81.9 bilion.
"Ketika ini, MIDA juga menerima potensi pelaburan bernilai RM47.7 bilion ke dalam negara. Projek-projek ini, apabila diluluskan kelak, dijangka dilaksanakan pada tahun 2021 hingga 2022," katanya.
Memetik Jabatan Perangkaan Malaysia, MIDA berkata aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) kasar ke dalam negara bagi tempoh Januari hingga September 2020 bernilai RM108.2 bilion berbanding RM102.3 bilion dalam tempoh yang sama pada 2019, peningkatan 5.8 peratus.
"Ini merupakan pencapaian yang cukup besar memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan masing-masing pada suku kedua dan ketiga tahun lepas.
"Aliran masuk FDI kasar juga mencerminkan kadar tinggi projek FDI yang diluluskan dan dilaksanakan dalam ekonomi termasuk sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama dalam tempoh beberapa tahun lepas," katanya.
MIDA berkata jumlah FDI yang diluluskan dari 2018 hingga September 2020 bernilai RM206.02 bilion.
Pada 2020, sembilan syarikat pembuatan milik asing sedia ada dengan jumlah pelaburan RM394.3 juta di Malaysia telah melaksanakan langkah-langkah rasionalisasi perniagaan.
"Syarikat-syarikat ini sama ada menutup perniagaan mereka di Malaysia atau memindahkannya ke negara lain disebabkan gangguan teknologi yang mengubah landskap perniagaan mereka dan mengalami pengurangan permintaan bagi produk mereka.
"Pelaburan ini merupakan sebahagian daripada jumlah pelaburan diluluskan dalam ekonomi bagi tempoh dari Januari-September 2020," katanya.
Sementara itu, MIDA berkata Malaysia kekal sebagai pengeluar utama semikonduktor dan sensor bagi kereta di tengah-tengah laporan bahawa pelabur berpotensi dalam industri automotif menimbang membuka kilang pemasangan mereka di negara-negara jiran.
"Malaysia memiliki satu daripada ekosistem paling komprehensif di rantau ini dalam industri elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan, aeroangkasa, automotif dan peralatan perubatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
MIDA berkata demikian sebagai menyangkal satu laporan akhbar harian Singapura berkaitan pelabur asing yang keluar dari Malaysia, dengan menegaskan bahawa perkara itu tidak benar. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.
5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA
Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024.
Usaha proaktif letak Malaysia secara strategik dengan baik dalam landskap FDI global - UNCTAD
Cadangan Malaysia meliputi bantuan dalam mendapatkan permit khusus sehingga sokongan menyeluruh untuk pelabur asing.
InvestKL jadi anak syarikat MIDA berkuat kuasa 1 Jun - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mula menggabungkan semua fungsi agensi-agensi penggalakan pelaburan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.
MIDA lantik Sikh Shamsul Ibrahim sebagai CEO baharu
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melantik Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 18 April, 2024.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.