KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mula menggabungkan semua fungsi agensi-agensi penggalakan pelaburan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Penggabungan itu bertujuan menghapuskan fungsi-fungsi duplikasi, mencegah kekeliruan pelabur dan menambah baik kemudahan pelaburan, kata MITI dalam satu kenyataan hari ini.
"Bagi tujuan itu, Invest KL Corporation (InvestKL), iaitu agensi sedia ada di bawah kementerian, akan menjadi anak syarikat di bawah MIDA berkuat kuasa 1 Jun, 2024 bagi mencerminkan pendekatan menyeluruh kerajaan MADANI ke arah penggunaan sumber awam yang ditambah baik dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik," katanya.
Kementerian itu berkata ia akan memastikan peralihan yang lancar, terutamanya dalam memindahkan operasi InvestKL kepada MIDA dan menyelaraskan semua fungsi dengan cekap dalam rangka kerja operasi MIDA.
"Semasa fasa peralihan ini, semua pelabur sedia ada di bawah InvestKL akan terus dibantu dan dibimbing sewajarnya, memandangkan MITI terus komited untuk meletakkan kawasan Greater Kuala Lumpur sebagai hab perkhidmatan global terkemuka," katanya.
Menurut kenyataan itu, usaha berkenaan juga akan dilaksanakan seiring dengan pemetaan kemahiran dan kepakaran sedia ada dalam MIDA untuk menyokong kecekapan pelaksanaan dalam pelbagai dasar-dasar utama seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Industri Kimia 2030 dan Strategik Semikonduktor Kebangsaan yang diumumkan baru-baru ini.
MITI berkata ia juga akan mengutamakan proses memudahkan bertujuan meningkatkan pengalaman pelabur, seperti melalui Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan pada Disember 2023, sebuah pusat pelbagai agensi di MIDA untuk mempercepatkan penyelesaian isu-isu pentadbiran pelabur.
Berdasarkan data terkini bagi suku pertama 2024, sebanyak 725 kes dibantu, yang mana 612 kes atau 84.4 peratus telah diselesaikan sepenuhnya.
"Ketika kami bergerak ke hadapan, MITI dan agensi-agensi sokongannya kekal teguh dalam komitmen kami untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan pelabur global dan tempatan sambil membina sumber-sumber semasa kami untuk membangunkan landskap pelaburan, perdagangan dan perindustrian yang lebih berdaya tahan demi kemakmuran rakyat, perusahaan kecil dan sederhana, dan pelabur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024

MITI berkata ia akan memastikan peralihan yang lancar, terutamanya dalam memindahkan operasi InvestKL kepada MIDA dan menyelaraskan semua fungsi dengan cekap dalam rangka kerja operasi MIDA. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.