KUALA LUMPUR: Usaha proaktif dan dasar pelaburan Malaysia yang menggalakkan telah meletakkan negara ini secara strategik dengan baik dalam landskap pelaburan langsung asing (FDI) global, menurut Laporan Pelaburan Dunia 2024 Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).
Laporan itu, yang dikeluarkan pada 20 Jun lepas, mengetengahkan pelbagai inisiatif strategik yang dicadangkan Malaysia meliputi bantuan dalam mendapatkan permit khusus sehingga sokongan menyeluruh untuk pelabur asing.
Antara lain, Malaysia menerima guna perkhidmatan kemudahan visa khusus untuk pelabur strategik yang dikenal pasti oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Negara ini juga melaksanakan laluan 'hijau' untuk pencepatan dan proses dipermudah untuk melancarkan pelaburan.
Negara anggota Asean juga telah membangunkan portal pelaburan dan platform digital untuk e-pembayaran serta penerimaan dokumen dan sijil elektronik, sekali gus menambah baik landskap pelaburan.
"Rantau Asean telah proaktif sejak sekian lama dalam mengguna pakai strategi dan langkah dasar untuk menyokong pelaburan.
"Usaha ini telah ditingkatkan lagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin rancak semasa pandemik, dengan peningkatan daripada enam langkah pemudahan pelaburan baharu pada 2019 kepada 28 pada 2020," menurut UNCTAD.
UNCTAD menjelaskan usaha itu merangkumi pengenalan kemudahan dalam talian, sistem e-aplikasi dan proses pentadbiran yang diperkemas, justeru, mencerminkan komitmen serantau yang teguh untuk mendigitalkan dan mempermudah prosedur pelaburan.
Laporan itu juga mendapati daya tarikan Malaysia diperkukuh dengan peningkatan inisiatif pembangunan mampan yang konsisten.
Menurut Laporan Pelaburan Dunia 2024 perkembangan pasaran kewangan mampan yang pesat telah membawa pertumbuhan selari dengan kewangan mampan negara dalam Kumpulan 20 dan ekonomi membangun terbesar, termasuk Malaysia.
Pada 2023, ekonomi tersebut memperkenalkan 94 dasar dan peraturan kewangan mampan.
Secara keseluruhan, aliran masuk FDI ke Asia Tenggara kekal stabil, dengan peningkatan dalam jualan penggabungan dan pengambilalihan.
Bilangan pengumuman pembangunan baharu melonjak sebanyak 42 peratus, menambah nilai U$62 bilion.
Walau bagaimanapun, peningkatan itu telah dikekang dengan kemerosotan U$64 bilion dari segi nilai perjanjian kewangan projek antarabangsa.
Secara lebih menyeluruh, walaupun pelaburan asing mengalir ke Asia membangun berkurang pada 2023 namun nilainya kekal tinggi pada U$621 bilion.
Benua itu, yang diterajui Asia Timur dan Asia Tenggara, terus menjadi penerima FDI terbesar di dunia, membentuk hampir separuh daripada aliran masuk global.
Di Malaysia, projek terkemuka termasuk perluasan pembuat kereta Malaysia, Proton bernilai U$10 bilion, yang sebahagiannya dimiliki Geely.
Pada 2023, pelaburan langsung asing (FDI) global turun sebanyak dua peratus kepada U$1.3 trilion.
Pada suku pertama 2024, MIDA melaporkan Malaysia menarik RM83.7 bilion pelaburan yang diluluskan, terdiri daripada RM43 bilion atau 51.3 peratus dalam pembuatan, RM39.3 bilion (47 peratus) dalam perkhidmatan dan sektor utama pada RM1.4 bilion atau 1.7 peratus.
Keseluruhan pelaburan yang diluluskan mencatatkan peningkatan 13 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Menurut UNCTAD, rantau Asean telah proaktif sejak sekian lama dalam mengguna pakai strategi dan langkah dasar untuk menyokong pelaburan. - Foto UNCTAD
AWANI Tonight: Addressing Malaysia’s literacy, numeracy gaps
As of October, nearly 74,000 Year 1 pupils have yet to master basic literacy and numeracy skills. Chan Soon Seng from Teach For Malaysia highlights the contributing factors and emphasises the need for more tailored approaches to support students.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.
KPDN Perak rekod 13 kes tidak patuhi SHMMP sepanjang tahun ini
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan 13 kes pelanggaran di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tahun ini.
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan enam hari, indeks komposit naik 0.29 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari.
Sektor tenaga hijau mampu tarik pelaburan langsung asing ke Malaysia
"Kerajaan harus menyedari bahawa permintaan dunia kini bergerak ke arah penyelesaian yang lebih mesra alam."
MCMC jalin kerjasama dengan tiga pihak, tangani cabaran penjagaan kesihatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama strategik dengan tiga pihak dari luar negara bagi menangani cabaran penjagaan kesihatan.
NRES giat bangunkan Dasar Mineral Negara Ketiga - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mempergiat usaha memperkukuh kawal selia bagi industri mineral menerusi kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3).
Strategi pelbagai hala kerajaan seimbangkan disiplin fiskal, pertumbuhan ekonomi - MIER
Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial.
Perkongsian awam-swasta penting, pacu ekonomi digital ASEAN - CEO MDEC
Perkongsian awam-swasta (PPP) berperanan penting dalam membentuk masa depan ASEAN, khususnya untuk memacu ekonomi digital ke hadapan kerana sektor itu merupakan tulang belakang kemajuan.
Pelaburan domestik kukuh, sumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara - PM Anwar
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik.
Peralihan tenaga bersih di KHTP boleh jadi teladan taman perindustrian lain
Usaha peralihan tenaga bersih yang dilaksanakan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) boleh dijadikan contoh kepada taman teknologi perindustrian di seluruh negara.
Sektor perkhidmatan kekal dominasi ekonomi Melaka - Ab Rauf
Sektor perkhidmatan kekal mendominasi ekonomi Melaka dengan menyumbang sebanyak 51.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia mampu melebihi sasaran 5.0 peratus pada 2024 - MIER
Pertumbuhan itu akan didorong oleh kestabilan politik, asas-asas makro, aliran masuk FDI dan pelaburan yang direalisasikan.