KUALA LUMPUR : Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Marriott International dan Hospital Islam Az Zaharah bagi cadangan projek pembangunan hartanah resort hotel di Pantai Chenang, Langkawi dan Pusat Penjagaan Kesihatan (Ambulatory Care Centre) di Kuantan,Pahang.
Majlis disempurnakan Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor, bersama Pengarah Kanan Pembangunan Hotel Asia Pasifik, Marriott International, Andree Susilo, dan wakil pihak Hospital Islam Az Zahrah, Ali Karimi Abd Rahman, serta disaksikan Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Siti Azlin Ahmad Dauta.
Menerusi perjanjian tersebut Koop Sahabat melantik Marriott International sebagai operator pengendali hotel yang mempunyai 300 bilik di atas tanah milik kumpulan Koop Sahabat di Pulau Langkawi dengan menggunakan jenama Fairfield By Marriott.
Pusat Penjagaan Kesihatan Ambulatory Care Centre pula akan dikendalikan Hospital Islam Az Zahrah, yang bakal menyediakan perkhidmatan perundingan, rawatan, atau intervensi penjagaan kesihatan menggunakan teknologi terkini perubatan.
Pusat perubatan ini juga akan dilengkapi dengan fasiliti rehabilitasi perubatan dan vokasional, oncology suites, assisted living, hemodialisis, pengimejan diagnostik, confinement suites, wellness spa dan beberapa lagi fasiliti sokongan perubatan.
Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor berkata, nilai pembangunan kasar keseluruhan kedua-dua projek dianggarkan berjumlah RM250 juta.
Kedua-dua projek berkenaan dijangka beroperasi pada tahun 2024 dan 2026 serta dilihat mampu merancakkan aktiviti pembangunan hartanah dan pembinaan selaras dengan perancangan strategik yang telah dirangka pihak koperasi.
"Koop Sahabat juga yakin dengan pembangunan hartanah yang tidak hanya tertumpu kepada pembangunan perumahan sahaja, sebaliknya penumpuan harus diberikan kepada pembangunan secara Built To Suit di mana mampu membantu pihak kerajaan menyediakan kemudahan asas seperti hospital, pusat pendidikan dan sebagainya.
"Koop Sahabat yang juga merupakan kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan cuba untuk memainkan peranan dalam membantu pihak Kerajaan membina infrastruktur asas di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam majlis sama, Koop Sahabat dinobatkan sebagai koperasi ke-7 terbaik peringkat kebangsaan dalam profil 100 koperasi terbaik Malaysia pada tahun 2022 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Untuk rekod, Koop Sahabat adalah sebuah koperasi perkhidmatan yang ditubuhkan pada 30 Ogos 2012 di bawah Akta Koperasi 1993 dengan keanggotaan kini melebihi 400,000 anggota di seluruh Malaysia yang terdiri daripada usahawan wanita B40.
Perniagaan Koop Sahabat kini meliputi perkhidmatan kewangan seperti Ar Rahnu, pembangunan hartanah, pelaburan korporat, pelaburan strategik serta pelaburan di dalam ekuiti awam.
Astro Awani
Sat Mar 11 2023

Koop Sahabat dinobatkan sebagai koperasi ke-7 terbaik peringkat kebangsaan dalam profil 100 koperasi terbaik Malaysia pada tahun 2022 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. - Foto Koop Sahabat

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Koop Sahabat lancar 230 unit rumah mampu milik pada harga RM275,000
Projek berkenaan bakal dibangunkan di atas tanah seluas 10 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar berjumlah RM63.8 juta.

Koop Sahabat umum dividen 10 peratus
Koop Sahabat turut mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM12.6 juta, melonjak 25 peratus berbanding 10.1 juta pada 2021.

Koop Sahabat meterai MoU pembangunan hartanah, pusat penjagaan kesihatan
Koop Sahabat Berhad menandatangani MoU dengan Marriott International dan Hospital Islam Az Zaharah bagi cadangan projek pembangunan hartanah resort hotel di Langkawi, Kedah dan Kuantan, Pahang.

Koop Sahabat umum 10 peratus dividen kepada lebih 200,000 anggota
Ia bersamaan RM5.8 juta kepada 243,163 anggota koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM 3.9 juta bagi tahun kewangan 2020.

Koop Sahabat ikrar bebas rasuah
Warga kerja Koperasi Sahabat Amanah Ikhtikar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) menyatakan komitmen untuk bebas rasuah.

Koop Sahabat agih RM3.9 juta dividen kepada anggota
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mengumumkan pulangan dividen sebanyak 7.5 peratus bersamaan RM 3.9 Juta kepada 235,645 anggotanya.

Koop Sahabat umum dividen 11 peratus untuk 2019
Koop Sahabat hari ini mengumumkan pulangan dividen sebanyak 11 peratus bersamaan RM4.25 juta kepada 222,298 anggotanya.