KUALA LUMPUR: Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mengumumkan pulangan dividen sebanyak 7.5 peratus bersamaan RM3.9 Juta kepada 235,645 anggotanya.
Pengerusinya, Mohd Najib Mohd Noor berkata, pembayaran dividen itu adalah berdasarkan modal syer bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 di mana dividen bersih yang diterima oleh setiap anggota selepas ditolak pembayaran zakat.
Jelasnya, pengumuman jumlah dividen itu diumumkan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koop Sahabat kali kelapan yang julung kali diadakan secara atas talian bersama lebih 111 perwakilan di seluruh negara yang dirasmikan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Jaafar Ahmad.
"Koop Sahabat masih konsisten memberikan pulangan tinggi kepada anggotanya biarpun momentum perniagaan Koop Sahabat terkesan akibat pandemik COVID-19 sejak awal tahun lalu.
"Kita masih mencatatkan keuntungan walaupun berlaku kenaikan pada kos serta mempunyai pendapatan yang kukuh menerusi aktiviti perniagaan Sahabat Ar-Rahnu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu kata Mohd Najib, peningkatan jumlah aset milik Koop Sahabat juga meningkat pada kadar 1.93 peratus kepada RM740 juta pada 2020 berbanding RM 726 juta pada 2019.
Peningkatan itu hasil daripada beberapa peningkatan aktiviti utama seperti perkhidmatan kewangan dan Hartanah.
"Koop Sahabat pertama kalinya turut mengeluarkan produk kecantikan Duta Beautee bagi perkhidmatan peruncitan memandangkan 99 peratus daripada ahlinya adalah wanita.
"Kita meneliti pelaburan mampu memberikan kesan faedah tinggi seperti bidang hartanah selain perkhidmatan perladangan yang turut menunjukkan peningkatan harga sawit.
"Kita turut melancarkan produk kecantikan Duta Beautee bagi perkhidmatan peruncitan bahkan sedang membimbing ejen dan stokis terdiri daripada Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)," ujarnya
Selain itu jelasnya, Koop Sahabat turut menjalankan pelaburan dalam beberapa syarikat awam yang memberikan pulangan pasti kerana enggan mengambil risiko pelaburan anggota.
Katanya lagi, keupayaan konsisten dalam membayar dividen pada kadar tinggi, membuktikan Koop Sahabat mengutamakan anggotanya sekaligus memberikan pulangan setimpal dari pelabur dalam kalangan usahawan B40.
"Koop Sahabat turut menyalurkan hampir RM2 juta peruntukan bagi memberi keperluan bantuan kepada anggota dan bukan anggota menerusi tabung kebajikan, agihan wakalah zakat serta dana sumbangan lain sehingga Ogos 2021," katanya.
Menurutnya lagi, pencapaian terkini turut memperlihatkan Koop Sahabat membuka dua lagi cawangan baharu Sahabat Ar-Rahnu terletak di Bertam, Pulau Pinang dan Pendang, Kedah.
Tambah beliau lagi, menerusi Pelan Strategik 2020- 2024 (PSKS20-24) yang dinamik, kedudukan koperasi dapat diperkukuhkan selain meningkatkan daya saing serta tahan bagi memperkasakan pertumbuhan sosio ekonomi anggota.
Kata Mohd Najib, pencapaian Koop Sahabat tidak hanya menumpukan pada pencapaian agihan dividen tetapi dilihat dari sudut konteks lebih luas termasuk tadbir urus yang baik.
"Koop Sahabat mendapat tempat ke empat bagi Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia bagi 2020 daripada 14,000 koperasi seluruh negara dan harap dapat meningkat kepada tiga terbaik bagi 2021," katanya.
Astro Awani
Fri Aug 27 2021
![Koop Sahabat agih RM3.9 juta dividen kepada anggota Koop Sahabat agih RM3.9 juta dividen kepada anggota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71630040305_PENEGERUSIKOOP.jpg)
Mohd Najib berkata, pembayaran dividen itu adalah berdasarkan modal syer bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. - Foto Koop Sahabat
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Koop Sahabat umum dividen 10 peratus Koop Sahabat umum dividen 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687068241_KoopSahabatdivide.jpg)
Koop Sahabat umum dividen 10 peratus
Koop Sahabat turut mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM12.6 juta, melonjak 25 peratus berbanding 10.1 juta pada 2021.
![Koop Sahabat meterai MoU pembangunan hartanah, pusat penjagaan kesihatan Koop Sahabat meterai MoU pembangunan hartanah, pusat penjagaan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678536743_BPKOOPSAHANAT.jpg)
Koop Sahabat meterai MoU pembangunan hartanah, pusat penjagaan kesihatan
Koop Sahabat Berhad menandatangani MoU dengan Marriott International dan Hospital Islam Az Zaharah bagi cadangan projek pembangunan hartanah resort hotel di Langkawi, Kedah dan Kuantan, Pahang.
![Koop Sahabat umum 10 peratus dividen kepada lebih 200,000 anggota Koop Sahabat umum 10 peratus dividen kepada lebih 200,000 anggota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655698383_Mesyuarat.jpg)
Koop Sahabat umum 10 peratus dividen kepada lebih 200,000 anggota
Ia bersamaan RM5.8 juta kepada 243,163 anggota koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM 3.9 juta bagi tahun kewangan 2020.
![Koop Sahabat ikrar bebas rasuah Koop Sahabat ikrar bebas rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654080472_TBMazriMahmood.jpg)
Koop Sahabat ikrar bebas rasuah
Warga kerja Koperasi Sahabat Amanah Ikhtikar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) menyatakan komitmen untuk bebas rasuah.
![Koop Sahabat agih RM3.9 juta dividen kepada anggota Koop Sahabat agih RM3.9 juta dividen kepada anggota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71630040305_PENEGERUSIKOOP.jpg)
Koop Sahabat agih RM3.9 juta dividen kepada anggota
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mengumumkan pulangan dividen sebanyak 7.5 peratus bersamaan RM 3.9 Juta kepada 235,645 anggotanya.
![Koop Sahabat umum dividen 11 peratus untuk 2019 Koop Sahabat umum dividen 11 peratus untuk 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51598697764_MohdNajibMohdNoor.jpg)
Koop Sahabat umum dividen 11 peratus untuk 2019
Koop Sahabat hari ini mengumumkan pulangan dividen sebanyak 11 peratus bersamaan RM4.25 juta kepada 222,298 anggotanya.