KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat kepada RM221.30 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2021 daripada RM20.39 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Perolehan merosot 63.9 peratus kepada RM336.91 juta daripada RM933.84 juta sebelum ini seiring penguncupan ketara pergerakan penumpang sebanyak 76.9 peratus akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang dan sekatan perjalanan antara negeri, demikian menurut pengendali lapangan terbang itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Di bawah suku yang dikaji, perolehan daripada segmen operasi lapangan terbang dan penerbangan masing-masing turun sebanyak 66.7 peratus dan 71.6 peratus kepada RM291.9 juta dan RM142.6 juta.
"Trafik penumpang bagi operasi Malaysia menguncup ketara sebanyak 90.8 peratus (antarabangsa: -96.6 peratus, domestik: -85.3 peratus) kepada 1.7 juta penumpang pada suku pertama tahun kewangan 2021 berbanding 18.4 juta penumpang yang dicatatkan pada suku pertama tahun kewangan 2020," katanya.
MAHB berkata trafik penumpang bagi operasi Turki berkurangan 40.8 peratus (antarabangsa: -55.6 peratus, domestik: -31.8 peratus) kepada 4.2 juta penumpang daripada 7.1 juta penumpang yang dicatatkan pada suku pertama tahun kewangan 2020.
"Segmen bukan penerbangan turun 60.2 peratus tahun ke tahun kepada RM149.3 juta, terutamanya disebabkan hasil bebas cukai dan hasil sewaan komersial yang lebih rendah akibat penurunan mendadak penumpang antarabangsa.
"Perolehan daripada operasi bukan lapangan terbang turun 19.8 peratus tahun ke tahun atau RM11.1 juta akibat perolehan lebih rendah daripada perniagaan hotel serta projek dan penyelenggaraan pembaikan," katanya.
MAHB berkata, secara keseluruhan, perolehan daripada operasi Malaysia dan Turki telah menyusut dengan ketara, masing-masing sebanyak 75.2 peratus kepada RM163.4 juta dan 39.5 peratus kepada RM152.2 juta, manakala operasi di Qatar merekodkan sedikit penurunan dalam perolehan iaitu daripada RM22.0 juta kepada RM21.3 juta.
Mengenai unjurannya, MAHB berkata pemulihan trafik akan terus bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan vaksin dan tahap sekatan perjalanan.
Katanya, pas perjalanan kesihatan digital dan prosedur perjalanan yang lebih selaras di seluruh negara dapat menggalakkan perjalanan rentas sempadan dan menyokong pemulihan perjalanan yang selanjutnya.
"Bagaimanapun, langkah utama adalah tahap pengawalan kes COVID-19," katanya.
Sementara itu, MAHB akan terus mengambil langkah awal untuk mengurangkan kesannya dengan melaksanakan pelan mengoptimumkan kos yang agresif, katanya.
"Sehingga 31 Mac 2021, kumpulan ini telah mencapai pengurangan perbelanjaan operasi teras sebanyak 22 peratus berbanding suku pertama tahun kewangan 2020," menurut MAHB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
![Kerugian bersih MAHB meningkat kepada RM221.30 juta pada suku pertama Kerugian bersih MAHB meningkat kepada RM221.30 juta pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622196653_KLIA.jpg)
MAHB berkata pemulihan trafik akan terus bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan vaksin dan tahap sekatan perjalanan. - Gambar fail/ Bernama
![Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723759603_FadillahYusof.jpg)
Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah
Mesyuarat itu merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteri ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
![Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723734990_TBproton.jpg)
Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan
Proton X70 telah menjadi kegemaran ramai dengan jualan lebih 1,000 hingga hampir 2,000 unit sebulan.
![Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715438_Hajiji.jpg)
Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji akui terima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah.
![Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756957_TrelerterbakarTe.jpg)
Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.
![65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah 65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723721334_TBtabunghajijp.jpg)
65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah
Kaji selidik HLISB melibatkan 690 Muslim Malaysia berusia antara 18 dan 77 tahun, dengan purata pendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan.
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker' Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723551465_TBJEJAKPANDA.jpg)
Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan melayan cabaran debat terbuka yang dibuka Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selain menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Machang itu sebagai attention seeker.
![Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648722724_LapanganTerbang.jpg)
Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT
MOT berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM546 juta pada 2023 untuk membiayai kos penyelenggaraan bagi memastikan semua lapangan terbang kendaliannya berkeadaan baik.
![Enam syarikat penerbangan baharu pacu aliran penumpang MAHB naik 40 peratus Enam syarikat penerbangan baharu pacu aliran penumpang MAHB naik 40 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Enam syarikat penerbangan baharu pacu aliran penumpang MAHB naik 40 peratus
Aliran pergerakan antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan kendalian Malaysia Airports Group meningkat 40 peratus tahun ke tahun dalam separuh pertama 2024.
![Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719306549_GenericKLIA.jpg)
Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.
![Hanya pihak berkaitan boleh putuskan kaji semula tawaran pengambilalihan MAHB - MOF Hanya pihak berkaitan boleh putuskan kaji semula tawaran pengambilalihan MAHB - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Hanya pihak berkaitan boleh putuskan kaji semula tawaran pengambilalihan MAHB - MOF
Sebarang keputusan sama ada untuk mengkaji semula tawaran pengambilalihan MAHB hanya akan dibuat oleh pihak yang berkaitan memandangkan tawaran itu bersifat komersial.
![Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![Jangan kelirukan orang ramai, BlackRock tidak miliki GIP - Lee Chuan How Jangan kelirukan orang ramai, BlackRock tidak miliki GIP - Lee Chuan How](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720524640_HowardLeeChuanHow.jpg)
Jangan kelirukan orang ramai, BlackRock tidak miliki GIP - Lee Chuan How
Ahli Parlimen tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan ahli yang lain dan orang awam dengan dakwaan BlackRock Inc memiliki 100 peratus saham dalam Global Infrastructure Partners.
![GIP-MAHB: Tidak mungkin kerajaan biarkan aset negara dikawal syarikat Israel – Amir Hamzah GIP-MAHB: Tidak mungkin kerajaan biarkan aset negara dikawal syarikat Israel – Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188753_AmirHamzahAzizan.jpg)
GIP-MAHB: Tidak mungkin kerajaan biarkan aset negara dikawal syarikat Israel – Amir Hamzah
Kerajaan mengulangi bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal dikawal oleh kerajaan dengan pengurusannya tidak akan diambil alih oleh warga asing.
![Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719805206_AnwarIbrahim.jpg)
Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar
Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
![Amalkan sikap 'tabayyun', elak terpengaruh dengan dakwaan berunsur fitnah Amalkan sikap 'tabayyun', elak terpengaruh dengan dakwaan berunsur fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Amalkan sikap 'tabayyun', elak terpengaruh dengan dakwaan berunsur fitnah
Umat Islam di Malaysia diajak untuk mengambil pendekatan 'tabayyun' iaitu menyelidik dan mendalami kesahihan sesuatu dakwaan dan berita dalam isu membabitkan kepentingan negara.