KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Kementerian Kewangan (MOF) berkata kerajaan juga akan turut mengambil langkah yang perlu termasuk campur tangan untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan.
Selain itu, kerajaan akan turut memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport di samping meneruskan usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk penyelesaian eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pergerakan dolar AS.
Tindakan bersepadu dan terselaras akan juga diambil bagi membawa masuk aliran dana ke pasaran pertukaran mata wang asing, kata kementerian itu.
"Secara khususnya, memperkasakan lagi usaha bersama syarikat berkaitan Kerajaan (GLIC dan GLC) bagi menggalakkan mereka membawa pulang pendapatan daripada pelaburan asing dan menukar pendapatan tersebut kepada ringgit dengan lebih konsisten," katanya.
Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan lisan daripada Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN- Permatang Pauh) yang meminta kementerian tersebut menyatakan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang oleh kerajaan bagi meningkatkan kadar nilai ringgit berbanding dolar AS.
Di samping itu, kerajaan juga terus komited dan fokus dalam usaha melaksanakan polisi-polisi struktur bagi mengukuhkan nilai ringgit untuk jangka masa panjang.
Langkah-langkah ini, kata MOF, termasuklah dasar menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti Malaysia menerusi pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu serta usaha mentransformasikan ekonomi negara yang dipandu oleh Kerangka Ekonomi MADANI.
"Kerajaan juga akan melaksanakan polisi struktur yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing yang berkualiti selain memberi penekanan terhadap kebertanggungjawaban kerajaan dalam menetapkan sebarang sasaran fiskal pada masa hadapan melalui Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024

Kerajaan juga terus komited dan fokus dalam usaha melaksanakan polisi-polisi struktur bagi mengukuhkan nilai ringgit untuk jangka masa panjang. - Gambar fail/AFP

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Ismail Sabri Ykeluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 5.42 petang selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam pada Jumaat.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Ringgit diunjur pada RM4.45-RM4.55, FBM KLCI pada 1,700-1,840 pada 2025 - Firma penyelidikan
Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.

Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.

Momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan minggu depan
Ringgit dijangka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Ringgit paling kukuh berbanding dolar AS di Asia - Rafizi
Ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.

Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini
Maybank Research menjangkakan ringgit lebih kukuh akhir tahun ini pada RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.

Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.

Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.