Ringkasan AI
- Maybank Research meramalkan ringgit akan menguat hingga RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, disokong oleh pengurangan jangkaan 50 mata asas dalam kadar faedah AS.
- Prestasi positif ringgit dalam tempoh baru-baru ini dipengaruhi oleh faktor ekonomi yang baik dan penstrukturan semula yang berterusan, di mana pasaran tukaran mata wang asing dan tindakan kerajaan membantu mengekalkan kestabilan.
- Maybank Research juga mencatatkan pertumbuhan dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) selama lima bulan pertama tahun 2024, sementara pelabur asing masih menjadi penjual bersih saham di Malaysia, namun pada kadar yang lebih rendah berbanding negara-negara serantau.
Firma penyelidikan itu berkata tekanan terhadap ringgit berikutan faktor perbezaan kadar faedah yang menyumbang kepada kekukuhan dolar AS sejak 2022 akan mereda.
"Ringgit stabil berbanding dolar AS selepas berdepan tekanan berikutan jangkaan yang berubah-ubah mengenai masa dan kuantum pengurangan kadar faedah AS.
"Ia diniagakan dalam lingkungan RM4.68 hingga RM4.71 berbanding dolar AS daripada 15 Mei hingga 31 Mei 2024 selepas menyusut kepada paras terendah RM4.80 sebanyak dua kali tahun ini pada 20 Februari dan 16 April (akhir 2023: RM4.59 )," katanya dalam laporan bertajuk 'Asean Frontiers: The New Trailblazers.'
Firma penyelidikan itu berkata prestasi ringgit baru-baru ini mencerminkan prestasi dan prospek makroekonomi yang positif serta pembaharuan dan penstrukturan semula yang berterusan.
Menurutnya penglibatan pasaran tukaran mata wang asing dan verbal Bank Negara Malaysia, dan langkah tadbir untuk menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan dan dana pelaburan -- bersama-sama korporat sektor swasta termasuk pengeksport -- menghantar balik pendapatan pertukaran asing dan pendapatan pelaburan mereka ke luar negara dan menukar kepada ringgit.
Mengenai OPR, katanya "sukar untuk diramal dalam domestik utama adalah inflasi" berikutan pengenalan Akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai lonjakan perbelanjaan pengguna daripada pengeluaran Akaun 3.
"Ini boleh menimbulkan risiko peningkatan tambahan kepada inflasi melalui inflasi tarikan permintaan, selain kesan jangkaan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api yang disasarkan tahun ini.
"Keadaan ini, seterusnya, berupaya menyumbang kepada risiko meningkat dalam unjuran OPR, yang ketika ini kami jangkakan kekal stabil pada paras semasa 3.00 peratus sehingga akhir 2025," katanya.
Mengenai Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), Maybank Research berkata KLCI mencatat kejayaan dalam tempoh lima bulan pertama 2024, meningkat 7.1 peratus dalam terma dolar AS -- dan tampil antara pasaran berprestasi terbaik di rantau ini.
Dari segi aliran dana, pelabur asing pada umumnya masih sebagai penjual bersih, menjual saham bernilai RM760 juta mulai Januari hingga Mei 2024, namun jualan bersih ekuiti Malaysia adalah yang terendah berbanding negara serantau.
"Bagi Mei, mereka adalah pembeli bersih yang utama dalam tempoh tiga minggu pertama tetapi kembali kepada jualan bersih pada minggu keempat," katanya.
-- BERNAMA