KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal mengumumkan pelaburan yang sama seperti pelaburan pusat data Microsoft Corporation bernilai US$1 bilion dalam tempoh terdekat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Microsoft pada April tahun ini mengumumkan ia akan melabur sebanyak US$1 bilion di negara ini bagi tempoh lima tahun akan datang sebagai sebahagian daripada perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan.
"Kami percaya, dan saya tahu pada hakikatnya bahawa, lebih banyak pemain global sedang memuktamadkan pelaburan yang sama di Malaysia, yang kami akan umumkan tidak lama lagi di bawah inisiatif MyDIGITAL," katanya.
Tengku Zafrul berkata demikian semasa temu bual secara maya dengan The Straits Times Singapura bertajuk "Beyond the Pandemic: Malaysia's Way Forward" semalam.
Beliau berkata, Malaysia yakin dapat menarik lebih banyak pemain global untuk membuka pusat data di negara ini pada masa hadapan.
Mengenai is kabotaj yang mana Facebook dan Google dilaporkan mengumumkan kabel dasar laut baharu mereka tidak akan melibatkan Malaysia, Tengku Zafrul berkata dasar kabotaj Malaysia ketika ini mencukupi dalam memastikan kedaulatannya.
"Saya percaya terdapat pertimbangan geopolitik...berhubung penyambungan kabel dasar laut, saya tidak boleh mengulas lanjut, tetapi dasar kabotaj Malaysia ketika ini mencukupi dalam memastikan kedaulatan kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021

Tengku Zafrul berkata, Malaysia yakin dapat menarik lebih banyak pemain global untuk membuka pusat data di negara ini pada masa hadapan. -Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam
Kejayaan memeterai FTA pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota GCC itu akan membuka ruang untuk perjanjian yang sama dengan negara anggota GCC yang lain dan GCC sendiri.

MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.

Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.

Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul
Hanya 1.6 peratus daripada projek-projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 masih belum dilaksanakan, kata Tengku Zafrul.

'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.

UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.