KUALA LUMPUR: Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) menyambut baik keputusan Kesatuan Eropah (EU) membenarkan penerima vaksin AstraZeneca yang dikilangkan di fasiliti selain diiktiraf Agensi Perubatan Eropah (EMA) untuk melancong ke negara anggota itu.
Setiausaha Agung Kehormat, Dr Fathir Badri Alhadad menyatakan, pihaknya sedia untuk menghantar pelancong Malaysia ke negara-negara Eropah sebaik sahaja sempadan negara dibuka untuk sektor berkenaan.
Beliau juga percaya mereka yang berada di luar negara turut berbesar hati untuk menerima rakyat Malaysia melancong ke negara mereka.
“Apabila kami menerima laporan berkaitan dengan penerimaan penggunaan vaksin AstraZeneca untuk melancong ke negara Eropah, kami amat gembira dan menyambut baik keputusan yang disampaikan oleh delegasi Kesatuan Eropah.
“Mereka menjelaskan ianya adalah fasiliti AstraZeneca yang terletak di Korea Selatan dan Thailand yang belum didaftarkan oleh Kesatuan Eropah. Bukan vaksin tersebut yang tidak diterima oleh Kesatuan Eropah. Jadi isu seperti ini, boleh diselesaikan oleh pihak AstraZeneca dan Kesatuan Eropah sendiri,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam masa sama, beliau berharap kerajaan Malaysia akan berbincang dengan Arab Saudi berhubung status jemaah haji yang menerima suntikan vaksin Sinovac.
“Begitu juga yang berlaku dengan vaksin Sinovac yang mana vaksin tersebut telah diterima dan diiktiraf oleh WHO tetapi belum diterima pakai oleh negara Arab Saudi.
“Dan perkara ini memang menjadi satu isu kepada kita, rakyat Malaysia sebab ramai antara kita yang mendapat suntikan vaksin Sinovac. Jadi apabila kita tidak pergi menunaikan umrah atau haji disebabkan oleh vaksin Sinovac ianya memang akan mengganggu kita sebagai orang Islam” katanya.
Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi hanya mengiktiraf vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca kepada jemaah haji sebagai syarat untuk memasuki negara itu.
Eton Khir
Fri Jul 09 2021
![Keputusan EU legakan sektor pelancongan - MiTDA Keputusan EU legakan sektor pelancongan - MiTDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625792967_TBFathir.jpg)
Fathir turut berharap perbincangan akan diadakan dengan Arab Saudi berhubung status jemaah haji yang menerima suntikan vaksin Sinovac. - Foto Facebook/Dr Fathir Badri Alhadad
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25 EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723307338_TBastro.jpg)
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
![UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’ UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722856090_tbUNGCMYBASTROSU.jpg)
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.
![Angah terpaksa undur diri daripada Sinar FM atas faktor kesihatan Angah terpaksa undur diri daripada Sinar FM atas faktor kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722438595_TBANGAH.jpg)
Angah terpaksa undur diri daripada Sinar FM atas faktor kesihatan
Pengurus Jenama Sinar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham berkata, keputusan itu terpaksa diambil atas faktor kesihatan yang disahkan oleh doktor, selepas menjalani beberapa sesi rawatan.
![10,000 sertai Community Safety Run PDRM 10,000 sertai Community Safety Run PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720408329_PDRMRun.jpg)
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
![Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720224358_tbAstro.jpg)
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
![Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719482031_TBMediaBadminton.jpg)
Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1.
![Musim bola, layan ‘ori’, baru puas hati! Musim bola, layan ‘ori’, baru puas hati!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719285581_Altimet.jpg)
Musim bola, layan ‘ori’, baru puas hati!
Astro BizOne Watch Party diteruskan, meraikan premis makan minum yang menggunakan perkhidmatan Astro untuk menyiarkan kandungan secara sah, dalam usaha menyebarkan mesej Layan Ori, Jangan Curi!
![Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717140390_artis.jpg)
Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine
Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.
![Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716696602_NabilZamanhuriNab.jpg)
Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia
Berita tersebut disahkan oleh kakaknya, Najihah Zamanhuri menerusi satu hantaran di platform Facebook.
![Astro Kem Badminton mampu jadi nadi, platform bina bakat berkesan Astro Kem Badminton mampu jadi nadi, platform bina bakat berkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716619907_euansmith.jpg)
Astro Kem Badminton mampu jadi nadi, platform bina bakat berkesan
Astro Kem Badminton mampu menjadi antara nadi utama sukan berkenaan dalam mewujudkan impak sosial positif dan pembinaan bakat yang berkesan.