KUALA LUMPUR: Kemampanan penting dalam era mengurangkan risiko global ini, terutamanya dalam menangani isu perubahan iklim, tetapi ia tidak boleh digunakan untuk menyekat perdagangan bebas.
Sehubungan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
"Ini menjadi asas kepada rundingan kami sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan Indonesia, Kesatuan Eropah," katanya dalam ucapan pada Dialog Singapura mengenai Sumber Dunia Lestari (SWR) ke-11 di Singapura.
Tengku Zafrul berkata Malaysia telah dan akan terus mengekalkan pendirian dan keyakinannya seperti dalam standard pengeluaran minyak sawit mampan selain mengingatkan pihak lain tentang tanggungjawab mereka terhadap prinsip peralihan (iklim) yang adil.
Beliau turut berkongsi mesej jelas bahawa Malaysia mahu kekal sebagai negara perdagangan terbuka untuk semua dan tidak akan dipaksa untuk memilih antara mana-mana kuasa besar yang bersaing di kawasan sekitarnya, walaupun berkecuali tidak bermakna berdiam diri.
"Sebaliknya, perlu ada ketegasan dalam pendekatan tersebut. Konsep Malaysia MADANI dan Rangka Kerja Ekonomi MADANI, menekankan kepentingan nilai dalam apa yang kita lakukan.
"Saya percaya ini penting berikutan kita memerlukan suara dan pandangan kita diambil kira," tegasnya.
Beliau turut percaya bahawa negara-negara ASEAN perlu bekerjasama untuk mendapatkan lebih banyak pembiayaan kapasiti mengurangkan risiko berkaitan perubahan iklim daripada negara-negara maju untuk kelangsungan masa depan rantau ini.
"Saya ingin menekankan bahawa Malaysia sememangnya serius dalam menggalas jawatan sebagai pengerusi ASEAN pada 2025.
"Kami mahu memastikan bahawa kami mencapai Priority Economic Deliverables (PED) yang tepat untuk menerajui era pertumbuhan baharu ASEAN, memastikan peralihan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang adil dan membina suara yang lebih kuat untuk melindungi kepentingan perdagangan, industri dan pelaburan ASEAN di pentas global," katanya.
Beliau berkata walaupun Malaysia telah melangkah jauh daripada pengeksport komoditi kepada sebuah negara perdagangan yang pelbagai, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan dan keterangkuman ekonomi untuk rakyat Malaysia, dan seterusnya, rakyat ASEAN.
Tengku Zafrul berkata perjalanan itu tidak akan mudah dengan terdapat cabaran yang perlu diatasi melalui keputusan dasar yang sukar.
"Misalnya, kita perlu memastikan kumpulan bakat kita dapat memenuhi aspirasi ini.
"Kemahiran yang diperlukan untuk seiring dengan trend ini berbeza daripada yang biasa kita lakukan - sama ada dalam kerajaan atau perniagaan," katanya.
Oleh itu, katanya kerjasama dan sokongan daripada Singapura, jiran terdekat Malaysia dan antara rakan ekonomi utama negara adalah penting.
Dari aspek kerajaan, katanya MITI dan agensi berkaitannya akan terus membantu mengukuhkan hubungan ekonomi dengan Singapura dan negara-negara ASEAN yang lain, terutamanya dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Tengku Zafrul berkata, prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden. - Foto fail/Astro AWANI
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim.
Manfaatkan kebijaksanaan Orang Asli tangani ketidaktentuan alam - Pakar
Kebijaksanaan Orang Asli mendepani pelbagai cabaran dan ketidaktentuan alam perlu dijadikan contoh dalam modul latihan berkaitan kelangsungan kepada komuniti.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
COP29: Tidak perlu anjur COP30 jika pemimpin tidak tegas soal penuhi ikrar dana iklim - Datuk Bandar KL
Pemimpin-pemimpin dunia perlu tegas untuk memuktamadkan perihal pendanaan iklim yang sudah dibincangkan sejak Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP) edisi-edisi lalu.
PBB desak tindakan segera tangani krisis iklim untuk lindungi negara pulau kecil
Antnio Guterres, menggesa dunia untuk meningkatkan pembiayaan bagi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan bagi membantu negara-negara pulau kecil terjejas akibat perubahan iklim.
COP29: AS jamin tetap komited tangani pemanasan global
Tahun 2024 mungkin akan memecahkan rekod suhu baharu dan matlamat Perjanjian Paris kini berada dalam bahaya besar.
Masa kian suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim - Ketua PBB
Guterres memberi amaran kepada para pemimpin dunia bahawa masa semakin suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim.
COP29: Negara maju 'mengelat' penuhi ikrar dana iklim, mahu negara membangun berhutang - KSU NRES
Ikrar negara-negara maju bernilai USD100 bilion kepada dana iklim hanya tinggal ikrar.
Standard kualiti kredit karbon disepakati di COP29
Ia sebagai penanda aras untuk pasaran karbon global yang disokong PBB bagi membiayai projek yang dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.