KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan. 


Ringkasan AI
  • Kerjasama Malaysia-Indonesia dalam Transisi Tenaga: Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu, terutama dengan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara yang pesat. Manfaat Ekonomi untuk Borneo: Kerjasama ini akan membawa limpahan ekonomi yang besar kepada Borneo, memandangkan pembangunan IKN Nusantara dijangka berkembang pesat dalam 25 tahun akan datang. Peranan Hutan Borneo: Hutan Borneo akan menjadi lebih signifikan sebagai habitat ekosistem unik dan sinki karbon utama, penting untuk tanggungjawab alam sekitar dan kerjasama rentas sempadan.


Timbalan Ketua (Penyelidikan) Jaringan Penyelesaian Pembangunan Lestari (SDSN) Asia Sunway University, Prof. Emeritus Datuk ChM. Dr. Mazlin Mokhtar berkata ini akan membolehkan Borneo mendapat limpahan ekonomi yang sangat memberangsangkan sepanjang tempoh berkenaan. 

“Kalimantan dan Indonesia memerlukan arang batu dalam transisi mencari tenaga yang boleh diperbaharui. Sebab itu, Indonesia menetapkan sasaran sifar karbon 10 tahun lebih lewat berbanding negara-negara lain iaitu pada tahun 2060. 

“Malaysia dan kebanyakan negara di dunia tetapkan pada tahun 2050. Katakanlah kita capai sasaran itu terlebih dahulu, kita perlu tolong Indonesia. Semangat bersama itu penting,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin, ketika ditemui di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 29).


Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar

Menurut Mazlin, pembangunan IKN Nusantara dijangka akan terus berkembangan untuk 25 tahun akan datang dengan saiz pembangunan 10 kali ganda lebih besar daripada Putrajaya.

Ini menjadikan peranan hutan Borneo lebih signifikan untuk menjadi tuan rumah kepada ekosistem habitat pelbagai spesies unik di Asia Tenggara dan menjadi sinki karbon utama.

"Limpahan sosio-ekonomi dan tanggungjawab terhadap alam perlu dijaga bersama. Dalam konteks dunia yang penuh dengan ancaman, kita perlu ada cara untuk kerjasama rentas sempadan dan disiplin,” tambahnya.

COP29 di Baku, Azerbaijan berlangsung pada 11 November sehingga 22 November akan datang, dengan sasaran mencapai persetujuan khususnya berkaitan dengan pendanaan iklim.


Agenda AWANI: COP29 | Panel Saintis Jaguh Isu perubahan Iklim