Ringkasan AI
- Kebijaksanaan Orang Asli: Kebijaksanaan Orang Asli dalam menghadapi cabaran alam perlu dijadikan contoh dalam modul latihan kelangsungan komuniti. Pelaburan Mampan: Pelaburan yang mampan diperlukan untuk memastikan tiada kumpulan yang terabai, termasuk dalam infrastruktur dan kemahiran kelangsungan individu. Kerjasama Rentas Agensi: Penekanan kepada kerjasama rentas agensi dalam operasi pemulihan pasca bencana adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pemulihan.
Pensyarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, Dr. Minhaz Fared Ahmad berkata ini memerlukan pelaburan yang mampan untuk memastikan tidak ada kumpulan yang terabai dan tertinggal.
"Hujan lebat dalam masa yang singkat melebihi kadar hujan yang dijangkakan. Kita perlukan lebih banyak pelaburan dalam infrastruktur dan membangunkan kemahiran kelangsungan individu.
“Kita juga perlukan lebih banyak sesi latihan bersama komuniti termasuklah Orang Asli. Hakikatnya, Orang Asli ini lebih bersedia dan lebih arif mengenai ketidaktentuan alam. Mereka juga tahu cara terbaik untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin, ketika di temui di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 29).
Manfaatkan kebijaksanaan Orang Asli tangani ketidaktentuan alam - Pakar
Tambah Minhaz Fared, pelaburan juga perlu ditumpukan kepada operasi pemulihan pasca bencana yang memberi penekanan kepada kerjasama rentas agensi.
“Kita lihat adanya hubung kait antara pelaburan infrastruktur, kemahiran dan pemulihan pasca bencana yang memerlukan kerjasama rentas agensi. Sekiranya ini berlaku, kita yakin Malaysia boleh menjadi contoh kepada komuniti antarabangsa,” tambahnya.
COP29 di Baku, Azerbaijan berlangsung pada 11 November sehingga 22 November akan datang, dengan sasaran mencapai persetujuan khususnya berkaitan dengan pendanaan iklim.
Agenda AWANI: COP29 | Panel Saintis Jaguh Isu perubahan Iklim