KUALA LUMPUR : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur berkembang sebanyak 5.8 peratus pada 2022, selari dengan pemulihan permintaan dalam dan luar negeri pulih, menurut Bank Dunia.
Dalam laporan Pemantau Ekonomi Bank Dunia Malaysia: "Staying Afloat" yang dilancarkan hari ini, ujuran tersebut berdasarkan anggaran pertumbuhan sebanyak 3.3 peratus pada 2021.
Namun, ia masih diselubungi dengan bebeapa risiko lain termasuk penularan baharu COVID-19 dan pertumbuhan lebih perlahan di peringkat global dan serantau.
Bank Dunia dalam satu kenyataan memaklumkan, ruang fiskal yang terhad kekal sebagai cabaran utama.
Hasil kerajaan persekutuan yang merosot sejak 2013 adalah diunjurkan mencapai 14.3 peratus daripada KDNK pada 2022.
Sementara itu, perbelanjaan mengurus yang tegar iaitu emolumen, caj persaraan dan pembayaran khidmat hutang telah berkembang dengan ketara dari semasa ke semasa dan dijangka mengambil dua pertiga hasil pendapatan kerajaan persekutuan tahun hadapan meningkatkan fiskal dan menyesakkan perbelanjaan mengikut budi bicara.
Menurut Pengarah Bank Dunia untuk Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand, Ndiame Diop, pandemik ini mengekang lagi ruang fiskal Malaysia yang sudah terhad.
"Hasil kerajaan dijangka merosot manakala perbelanjaan tegar kekal tinggi. Oleh itu, kerajaan harus mempercepatkan usaha membina semula penampan fiskal dengan mengumpul lebih banyak dan berbelanja lebih baik," ujarnya.
Antara lain, Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang dijangka akan dibentang pada 2022 boleh membuka jalan kepada penyatuan fiskal jangka sederhana.
Bagaimanapun, dalam jangka pendek, meningkatkan sasaran perbelanjaan sosial dan pada masa yang sama dihentikan secara berperingkat subsidi umum dan regresif, seperti subsidi bahan api, akan membantu meningkatkan kecekapan perbelanjaan kerajaan.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Dec 21 2021
Hasil kerajaan persekutuan yang merosot sejak 2013 adalah diunjurkan mencapai 14.3 peratus daripada KDNK pada 2022.
Jasad Jimmy Carter tiba di Washington, pengebumian negara berlangsung 9 Januari
Jasad bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter, tiba di Washington pada Selasa.
NIOSH sedia kerjasama, wujudkan modul latihan kompetensi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sedia bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan agensi lain untuk mewujudkan modul latihan kompetensi lebih terperinci dalam melatih operator kenderaan berat.
UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.
PM gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi bumiputera
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penegasan dan cabaran kepada ketua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasakan pembangunan ekonomi bumiputera.
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada 126, cedera 188 orang
Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7 malam Selasa.
Terbuka Malaysia: Hanya tiga pasangan negara lepasi pusingan pertama
Walaupun sebahagian besar wakil negara terpaksa berputih mata pada hari pembukaan Terbuka Malaysia 2025, tiga pasangan termasuk beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta beregu lela
Suami maut, isteri cedera kemalangan libat tiga kenderaan
Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah treler.
Pelesenan penyedia platform media sosial, pencapaian penting peraturan dalam talian negara - MCMC
Keperluan pelesenan itu disifatkan sebagai pencapaian besar dalam meningkatkan keselamatan dalam talian dan pendekatan pengawalan.
2025 mungkin edisi terakhir Pesta Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong
Chow Kon Yeow berkata ia berikutan sebahagian daripada kawasan itu terlibat dengan projek pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.