Bank Dunia mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menguncup kepada 3.1 peratus.
Menerusi Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia bertajuk ‘Surviving the Storm’, unjuran itu dilihat realistik disebabkan oleh pergerakan ekonomi yang perlahan dalam usaha menangani wabak COVID-19.
Bagaimanapun, Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan semula ekonomi Malaysia kepada 6.9 peratus pada 2021.
Namun, laporan itu menyatakan bahawa unjuran tersebut boleh berubah dengan drastik bergantung kepada situasi kawalan pandemik itu di Malaysia dan pelaksanaan sistem perlindungan sosial.
Malah, pelaburan agregat juga menguncup lima suku tahun berturut-turut akibat pengurangan pelaburan awam dan swasta.
Selain itu, akibat permintaan luar yang lemah, eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia menjunam tiga suku tahun berturut-turut kepada 7.1 peratus, penurunan terendah sejak krisis kewangan global pada 2009.
Ketua Ekonomi, Kumpulan Bank Dunia, Richard Record berkata penularan pandemik COVID-19 secara meluas di peringkat global memaksa banyak negara melaksanaan langkah-langkah sokongan dasar fiskal dan monetari.
“Dijangkakan penguncupan yang ketara sekitar 10 peratus pada suku kedua 2020, telah menerima kesan ketara terhadap ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada suku tersebut.
“Kita berharap pemulihan akan berlaku pada separuh kedua tahun ini selepas wabak dilihat semakin berkurangan dan mobiliti akan kembali seperti sedia ada,” katanya.
Jelasnya, menerusi semua faktor tersebut, unjuran jangka pendek ekonomi Malaysia sukar untuk dipastikan pada masa ini.
Bagaimanapun, katanya ekonomi Malaysia tetap berdaya tahan dan bergantung pada asas yang kuat.
Selain itu, struktur ekonominya yang pelbagai, sistem kewangan yang mantap, tindak balas kesihatan awam yang berkesan dan sokongan dasar makroekonomi yang proaktif menunjukkan bahawa Malaysia akan dapat mengatasi pandemik ini dengan lebih baik daripada banyak negara lain.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 25 2020
![KDNK Malaysia dijangka menguncup kepada 3.1 peratus - Bank Dunia KDNK Malaysia dijangka menguncup kepada 3.1 peratus - Bank Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41593062342_TBWorldBank.jpg)
Menerusi Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia bertajuk Surviving the Storm, unjuran itu dilihat realistik disebabkan oleh pergerakan ekonomi yang perlahan dalam usaha menangani wabak COVID-19. - Foto Fail
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718345868_JAKARTA.jpg)
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
![Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621412664_TheWorldBank.jpg)
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.
![KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1 KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707723003_LogoKKM.jpg)
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
![Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715773497_tbAbangJohariTun.jpg)
Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari
Keadaan politik yang stabil menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.
![TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716268262_FadillahYusof.jpg)
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
![Ambil langkah proaktif perbaharui silibus mata pelajaran - Pemangku Sultan Johor Ambil langkah proaktif perbaharui silibus mata pelajaran - Pemangku Sultan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710886118_TunkuIsmailIdris.jpg)
Ambil langkah proaktif perbaharui silibus mata pelajaran - Pemangku Sultan Johor
Kerajaan Persekutuan perlu menerima hakikat Laporan Bank Dunia berhubung kedudukan terkini pelajar negara ini.
![Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706347120_Afzanizam.jpg)
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
![Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714541464_TBBMASHUP.jpg)
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
![KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714439726_TBMEMjpg.jpg)
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
![Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706524134_haripertama.jpg)
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.