BEIJING: Terdapat keperluan untuk mengkaji semula tanah pertanian yang dinamik bagi mengoptimumkan penggunaan tanah di Malaysia kerana ia mengalami kekurangan sumber dalam mempromosikan sektor pertanian makanan, kata ahli ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dalam hal ini pertanian vertikal akan membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
"Mungkin pertanian vertikal atau menegak sesuai di kawasan bandar, terutamanya apabila terdapat banyak bangunan komersial. Bagi penduduk luar bandar, mengoptimumkan tanah warisan dan terbiar adalah kaedah yang paling mudah," katanya kepada Bernama.
Selain itu, sektor pertanian memerlukan penjenamaan semula kerana sektor tersebut memerlukan naratif yang merangkumi teknologi baharu dan pendapatan yang lebih tinggi untuk menarik bakat muda menyertai industri berkenaan.
Malaysia telah bergantung kepada sumber asing untuk pertanian bagi makanan domestik.
Pelbagai barangan makanan di Malaysia secara konsisten berada di bawah paras 100 peratus nisbah sara diri (SSR), menandakan perlunya import bagi memenuhi permintaan dalam negeri.
Selain itu, nisbah pergantungan import untuk semua jenis bawang berada pada paras 100 peratus, yang menunjukkan pergantungan sepenuhnya kepada sumber luaran.
Menurut Bank Muamalat, nisbah pergantungan import untuk bawang, kobis bulat dan cili ialah masing-masing pada 100 peratus, 55.5 peratus dan 74 peratus untuk 2022; bagi kambing, daging lembu dan sotong, masing-masing pada 91.5 peratus, 85.6 peratus, 70.6 peratus.
"(Keadaan ini) mengakibatkan negara terdedah kepada perubahan harga antarabangsa, dan krisis daripada negara-negara pengeksport makanan berpotensi menyebabkan kejutan bekalan yang boleh memburukkan lagi kenaikan harga makanan," kata Mohd Afzanizam.
Dengan campur tangan dasar yang betul, pertanian boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, kata ahli ekonomi itu sambil menambah terdapat keperluan untuk kembali kepada asas.
"Tumpuan sentiasa diberikan kepada sektor perladangan yang boleh difahami sebagai usaha komersial yang akan memberi pulangan lebih tinggi. Bagaimanapun, pergantungan kita kepada import makanan perlu dikaji semula.
"Jika kita dapat melakukannya dengan baik, ia boleh menjadi pemangkin kepada strategi pertumbuhan seimbang di antara negeri-negeri dan menjadi penggerak utama untuk mengurangkan kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Mohd Afzanizam menyatakan bahawa menangani sekuriti makanan boleh menjadi strategi serampang dua mata, iaitu meningkatkan bekalan dan ketersediaan makanan, manakala satu lagi adalah menggunakannya sebagai pemangkin bagi membasmi kemiskinan.
Berdasarkan kepada Bank Dunia dalam Pemantauan Ekonomi Malaysia yang dikeluarkan pada Oktober 2023, Malaysia merekodkan kemiskinan mutlak pada 6.2 peratus, lebih tinggi daripada paras prapandemik iaitu 5.6 peratus pada 2019.
Ini bermakna sehingga 2022, hampir 490,000 isi rumah Malaysia masih hidup di bawah purata garis kemiskinan negara iaitu dengan pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM2,589.
Pakar Ekonomi dan Provos Penyelidikan dan Inovasi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Prof Geoffrey Williams berkata pembasmian kemiskinan mutlak boleh berlaku semalaman, memandangkan ia boleh dikenal pasti dalam kategori miskin tegar dan menyediakan pemindahan tunai secara tetap bagi meningkatkan pendapatan mereka melebihi garis kemiskinan.
"Malaysia telah melakukannya dan ia berjaya. Pembasmian kemiskinan tegar adalah berdasarkan pemindahan tunai secara langsung kepada isi rumah yang disasarkan. Ini adalah pendekatan yang betul," katanya kepada Bernama.
Williams berkata pemindahan tunai secara langsung tidak memerlukan kos yang tinggi dan ia boleh digabungkan dan dibayar melalui belanjawan subsidi sedia ada.
"Ia akan lebih murah daripada subsidi semasa. Memindahkan RM500 secara bulanan kepada isi rumah B40 akan menelan belanja sebanyak RM17.5 bilion setahun. Ini akan menggabungkan skim bantuan sedia ada.
"Jadi, dengan mengambil belanjawan sedia ada dan menggunakan PADU untuk menyasarkan penerima adalah berpatutan sepenuhnya untuk melaksanakan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)," katanya sambil menambah ambang UBI harus ditetapkan berdasarkan kepada Bank Negara Malaysia, Jabatan Perangkaan dan aplikasi mudah alih Belanjawanku Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Belanjawanku KWSP menganggarkan gaji sara hidup. Mereka yang di bawah ambang ini harus menerima pindahan tunai secara terus untuk meningkatkan nilai UBI. Ini adalah cara terbaik untuk membasmi kemiskinan mutlak, relatif dan lain-lain bentuk kemiskinan.
"Ini adalah asas kepada sistem PADU baharu dan boleh menggantikan semua pengagihan kebajikan ad hoc yang lain," tambahnya.
Mengenai sama ada pembandaran boleh membantu mengurangkan kemiskinan, Williams berkata pembandaran berlaku secara semula jadi dan berkemungkinan ia tidak selalu menyelesaikan masalah.
"Adalah lebih baik untuk melakukan pembaharuan dari segi peluang-peluang ekonomi di luar bandar seperti contoh, dengan mereformasi Felda seperti yang disarankan oleh (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini," katanya.
Pada Mac, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengumumkan pendekatan baharu untuk memanfaatkan Felda tidak lama lagi.
Beliau juga berazam untuk melaksanakan perubahan segera kepada Felda, khususnya pendapatan bersih peneroka Felda bagi membolehkan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan tegar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Mohd Afzanizam berkata, dengan campur tangan dasar yang betul, pertanian boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. - Gambar fail/BERNAMA
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.