SARIKEI: Keadaan politik yang stabil dan suasana kehidupan masyarakat pelbagai kaum yang aman, menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keadaan itu juga membolehkan Sarawak mencapai visinya untuk menjadi sebuah wilayah berpendapatan tinggi, menjelang 2030.
"Kita dapat melaksanakan tugas dengan baik. Kita boleh fokus. Kalau keadaan politik kita tidak stabil, (pemimpin akan) sentiasa melihat ke belakangnya sahaja, takut orang nyetep you, you gugok (takut orang membentes anda dan anda jatuh)," katanya pada Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Al-Muttaqqin di sini, hari ini.
Abang Johari berkata kestabilan tersebut tercapai apabila kerajaan Sarawak mengambil pendekatan menjaga kebajikan rakyat, bukan sahaja mereka yang beragama Islam bahkan mereka yang bukan beragama Islam dengan penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
Beliau berkata hasil daripada fokus yang diberikan terhadap pembangunan ini, Sarawak telah diiktiraf sebagai wilayah yang berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia, dengan pendapatan terkininya mencecah RM13 bilion sehingga menimbulkan rasa cemburu sesetengah pihak.
Abang Johari berkata pada masa yang sama, Sarawak menekankan keseimbangan di dalam pembangunan yang dilaksanakannya dengan menumpukan perhatian kepada penjagaan alam sekitar.
"Inilah sebabnya Sarawak menumpukan kepada pengeluaran hidrogen sebagai tenaga yang boleh diperbaharui," katanya sambil menambah usaha itu tidak terhenti di situ apabila kerajaan negeri sudah mula meneroka penghasilan elektrik hijau dengan menggunakan solar terapung, di Empangan Batang Ai.
Abang Johari berkata empangan tersebut berkeluasan 8,500 hektar dan sekiranya hanya 60 peratus sahaja digunakan, Sarawak dapat mengeluarkan sehingga 2,000 megawatt tenaga elektrik.
Menyentuh mengenai pembangunan di kawasan Lembah Rajang di kawasan tengah Sarawak, beliau berkata tiga jambatan iaitu Jambatan Batang Rajang, Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Paloh, dijangka siap tidak lama lagi.
Abang Johari berkata penyiapan infrastruktur ini akan membolehkan aktiviti ekonomi di kawasan itu ditingkatkan, khususnya dalam kegiatan penanaman padi berskala besar dengan menggunakan teknologi baru.
Sementara itu Masjid Al-Muttaqqin yang telah dinaik taraf dengan peruntukan RM9.5 juta itu, mampu menempatkan seramai 2,500 orang jemaah pada satu-satu masa dan Ketua Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan RM1.5 juta untuk menaik taraf pagar masjid berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Abang Johari berkata keadaan itu juga membolehkan Sarawak mencapai visinya untuk menjadi sebuah wilayah berpendapatan tinggi, menjelang 2030. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah [KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733199958_rasuah.jpg)
[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah
Malaysia telah menetapkan sasaran berani melalui Misi #25CPI, iaitu mencapai kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.

Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.

Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.

DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.

Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.

Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.

Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.