KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi mencabar Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapat pendidikan.
Cabaran tersebut susulan laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strenghtening Foundation Skills yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan Malaysia.
"Kepada Menteri Pendidikan, sudilah bermalam di rumah panjang atau kawasan pedalaman. Saya cabar. Jangan jadi menteri malas.
Laporan itu turut mendedahkan sistem pendidikan negara jauh ketinggalan berbanding negara serantau seperti Vietnam.
Walaupun perbelanjaan yang besar diperuntukkan dalam pendidikan iaitu 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun pembelajaran pelajar masih ketinggalan berbanding jangkaan.
Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, sesiapa pun pasti akan bimbang apabila laporan Bank Dunia sendiri menyatakan bahawa hanya 58% pelajar di Malaysia mahir membaca pada usia tahun 5.
"Kalau ikut logik macam tidak logik. Bajet pendidikan setiap tahun amat tinggi. Kita juga telah merombak dasar pendidikan beberapa kali.
"Hatta tidak boleh dinafikan KPM ramai pakar yang berkelayakan tinggi. Di mana silapnya?" katanya menerusi kenyataannya di Facebook
Menurut Mohd Puad, Bank Dunia telah pun memberi jawapan konkrit kenapa ia berlaku. Maka KPM patut fokus terhadap punca tersebut dan mencari cara lebih efektif untuk mengatasinya.
Antaranya ialah akses terhad kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti khususnya di kawasan pedalaman di mana masih terdapat segelintir kanak-kanak di sana yang tidak masuk prasekolah.
"Masalah paling rumit ialah sekolah terlalu jauh. Ada yang berjalan kaki dan naik bot untuk ke sekolah. Maka mereka perlu tinggal di asrama desa kalau mahu ke sekolah.
"Masalahnya bagaimana murid prasekolah mahu tinggal di asrama? Umur prasekolah tidak sesuai diam di asrama. Apa lagi kalau masih guna kain lampin atau pampers.
“Itu puncanya ramai yang tidak dapat belajar di prasekolah. Tidak mungkin mereka berulang alik jalan kaki atau naik bot untuk ke prasekolah. Ia melibatkan kos diesel,” tambahnya lagi.
Ujar Mohd Puad lagi, tidak semua rumah panjang memiliki prasekolah dan tidak semua guru sanggup tinggal di kawasan berkenaan.
"Ada NGO dan korporat mendirikan “Rumah Arau” berdekatan sekolah. Rumah Arau tempat ibu-ibu dan murid prasekolah tinggal bersama.
"Hujung minggu mereka balik rumah panjang untuk bertemu suami dan ambil barang bekalan memasak seperti beras.
"Tetapi berapa banyak Rumah Arau dibangunkan? Justeru ramai anak-anak di pedalaman tidak masuk prasekolah. Ia penyumbang besar 42% tidak mahir membaca usia tahun 5," tulis Mohd Puad.
Pia Ernadya
Wed May 01 2024
Menurut Mohd Puad (kiri), Bank Dunia telah pun memberi jawapan konkrit kenapa ia berlaku, maka KPM dan Fadhlina (kanan) patut fokus terhadap punca tersebut dan mencari cara lebih efektif untuk mengatasinya. -Gambar Astro AWANI
Pembantu mekanik maut dihempap pemberat getah mesin 'conveyer'
Polis mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
FAM tunggu kelulusan kerajaan bagi empat pemain warisan baharu
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.
Kilang kitar semula di Sungai Petani terbakar
Sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sebanyak 13 ekor lembu seberat 8,450 kilogram yang dianggarkan bernilai RM126,750 di Kampung Bunohan, Tumpat pada Khamis lepas.
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.
Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Saya akan kembali - Jojo
Menurut Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
Speaker Johor serah notis kekosongan DUN Mahkota
Notis kekosongan kerusi DUN Mahkota diserahkan kepada SPR susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Kritikan Puad Zarkashi bersifat peribadi, tidak jejas pendaftaran PADU - Rafizi
Rafizi berkata mana-mana perubahan yang dilakukan kerajaan selalunya memang akan mendapat tentangan.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.
Najib-Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri - Puad
Puad berkata, perkara berkenaan tidak perlu dilayan, sambil menyifatkan individu yang memberi cadangan itu sebagai 'buta sejarah'.
ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.