KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan kritikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, terhadap sistem pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pandangan bersifat peribadi dan ia tidak akan menjejaskan pendaftarannya.
Beliau berkata mana-mana perubahan (yang dilakukan kerajaan) selalunya memang akan mendapat tentangan, cuma kalau menjadi pihak kerajaan harus objektif dalam perspektif banyak pihak berkepentingan.
"Kalau saya beri perspektif dengan orang politik yang bising sangat ini ialah Puad Zarkashi. Puad Zarkashi ini kalau Malaysia kaya raya pun dia masih lagi tak setuju dengan saya, kerana saya dulu bawa isu 1MDB masa dia Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan dia kalah pilihan raya.
"Jadi ia perkara peribadi, kalau tengok empat yang bising tu ialah tokoh politik yang bising kerana peribadi, tetapi itu tidak menghalang pendaftaran PADU," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Acara Perdana KL20 di Parlimen, hari ini.
Rafizi berkata demikian bagi menjawab mengenai kritikan Mohd Puad terhadapnya, yang dikaitkan dengan kegagalan sistem PADU.
Beliau berkata dalam tempoh seminggu yang lepas, setiap hari 300,000 hingga 400,000 inidividu berdaftar dengan PADU.
"Kalau dia kata dia tak yakin kerana soal keselamatan data, kita sudah bentangkan sejak 2 Jan sehingga sekarang, walaupun ada ketika serangan itu sampai dua juta cubaan seminggu, sampai sekarang masih lagi belum bocor.
"Kita dah terangkan bahawa data semua itu encrypted, kalau pun bocor masuk, ia encrypted mereka perlu decryt data itu. Dia tak pernah tanya pula kalau syarikat swasta yang dia bagi e-dompet semua segala pendaftaran itu, sama ada yang syarikat swasta tu encrypted ke tidak.
"Kita tidak sepatutnya hilang fokus, kerana PADU ialah komponen yang sangat penting kepada beberapa pembaharuan besar kerajaan, bukan sahaja merangkumi subsidi bersasar, tetapi ada banyak lagi pembaharuan lain terutamanya yang melibatkan GOVTECH," katanya.
Rafizi berkata setakat hari ini, lebih kurang 8.5 juta telah mendaftar PADU dan beliau jangka menjelang 31 Mac nanti ia akan cecah 10 juta.
Mengenai isu keselamatan data PADU, beliau berkata data melalui sistem PADU diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Pasal keselamatan data, komen itu biarlah komen yang berpatutan kerana pada satu pihak kita bagi data kepada semua, nak beli tiket wayang pun bagi data, beli belah dalam talian pun bagi data, dan data itu dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi yang tidaklah seketat ini dan dia tak ada liabiliti ketat seperti OSA, sedangkan data yang diberikan kepada kerajaan ialah data di bawah OSA.
"Jadi saya rasa boleh untuk ada kerisauan, tetapi biarlah perspektif itu suatu yang adil supaya kita tidak terpesong dari apa yang penting dalam misi nasional dan PADU merupakan satu komponen yang penting," katanya.
Rafizi berkata pendaftaran PADU fasa kedua, mungkin akan dibuka semula selepas pendaftaran dan pengesahan maklumat dalam sistem itu selesai pada 31 Mac.
"Terdapat isu contohnya suami isteri masing-masing tak setuju nak jadi ketua isi rumah. Kita akan ambil maklum supaya bila kita buka balik pendaftaran PADU dan mungkin pada hujung tahun ataupun berapa bulan selepas ini, untuk kemas kini isu berbangkit.
"Memang betul ada yang anak yang kata ibu bapa saya tak nak daftar, tetapi saya yang nak daftar kalau tidak mungkin akan ketinggalan. Cuma, saya rasa dari segi ketinggalan itu sebab data itu memang sudah sedia ada, malah kalau ibu bapa tidak daftar, kita mungkin akan boleh kenal pasti isi rumah ini memang perlukan bantuan.
"Cuma panjang cerita sikitlah bila dia tak daftar lagi dan kita nak bagi duit kat dia, kita kena hubungi dia suruh dia daftar untuk dapatkan maklumat akaun bank dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024

Rafizi berkata mana-mana perubahan yang dilakukan kerajaan selalunya memang akan mendapat tentangan. - Gambar fail
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

TikTok didaftar di Nepal
Aplikasi video pendek popular TikTok didaftarkan di Nepal, dua bulan selepas kerajaan menarik balik larangan berbulan-bulan terhadap aplikasi itu, kata seorang pegawai kerajaan pada Rabu.

Kritikan Puad Zarkashi bersifat peribadi, tidak jejas pendaftaran PADU - Rafizi
Rafizi berkata mana-mana perubahan yang dilakukan kerajaan selalunya memang akan mendapat tentangan.

Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta - Rafizi
Pangkalan Data Utama (PADU) menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lepas.

Kelantan negeri Pantai Timur tertinggi daftar PADU
Kelantan menjadi negeri Pantai Timur paling tinggi penduduknya yang mendaftar maklumat mereka dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

PADU: Bimbang data digodam
Orang ramai mengakui kurang jelas dan tidak diberikan pendedahan sepenuhnya mengenai keperluan untuk berbuat demikian.

1.2 juta penjawat awam telah daftar PADU - Ketua Perangkawan
Sebanyak 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat hari ini.

2.69 juta sudah daftar PADU setakat semalam - DOSM
Sebanyak 2.69 juta individu sudah membuat pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara setakat semalam.

2.38 juta individu kemas kini maklumat di PADU, setakat 1 Feb
PADU telah merekodkan jumlah pengemaskinian maklumat individu seramai 2.38 juta orang berdasarkan sumber data pentadbiran setakat semalam.

Pendaftaran PADU cecah 1 juta, Rafizi mohon bantu daftar golongan kurang mahir digital
Jumlah pendaftaran pengguna itu termasuk golongan yang berumur bawah 18 tahun.

PADU: Lebih 500,000 mendaftar, Selangor rekod pendaftaran tertinggi
Selepas dua hari, masalah utama melibatkan sistem itu berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam dan beliau yakin, pendaftaran PADU akan terus meningkat selepas 48 jam.