ISKANDAR PUTERI: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah lebih proaktif dalam usaha meningkatkan kualiti sistem dan kualiti pendidikan negara.
Titahnya perubahan penting perlu dilaksanakan dengan memperbaharui silibus mata pelajaran yang dilihat sudah tidak lagi relevan pada masa kini.
Tegas baginda, sekiranya perubahan tidak dapat dilakukan di peringkat nasional, Johor bersedia menjadi negeri pertama untuk mengubah silibus pelajaran terbabit.
"Saya sering menekankan pendidikan berkualiti kepada Bangsa Johor, pendidikan berkualiti adalah asas kemajuan negeri ini dan penting bagi menyelesaikan pelbagai isu.
"Pendidikan berkualiti juga akan buka banyak peluang pekerjaan bagi generasi akan datang.
"Saya berharap Kerajaan Persekutuan mengambil langkah lebih proaktif untuk meningkatkan kualiti sistem dan kualiti pendidikan. Satu perubahan penting yang perlu dilaksanakan dengan memperbaharui silibus mata pelajaran yang sudah tidak relevan lagi.
"Jika tidak dapat dilaksanakan di peringkat nasional, biarlah Johor jadi negeri yang pertama untuk mengubah silibus di sekolah di Johor," titahnya.
Baginda bertitah demikian ketika ucapan perasmian pembukaan penggal persidangan ketiga bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Kota Iskandar di sini, hari ini untuk kali pertama sebagai Pemangku Sultan Johor.
Titah Tunku Ismail, Kerajaan Persekutuan perlu menerima hakikat laporan Bank Dunia berhubung kedudukan terkini pelajar negara ini.
"Jika kita masih tidak dapat terima hakikat, seperti yang dilaporkan dalam laporan Bank Dunia baru-baru ini, kedudukan terkini pelajar kita dalam peperiksaan, maka kita tidak sepatutnya mengeluh sekiranya generasi masa depan kurang berdaya saing berbanding rakan sejagat," titahnya.
Pada 24 April lalu, laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' antara lain menyatakan walaupun perbelanjaan besar diperuntukkan kepada sektor pendidikan negara, tahap pembelajaran dalam kalangan pelajar masih jauh ketinggalan.
Siti Nur Aqilla Omar
Thu May 09 2024

Tegas baginda, sekiranya perubahan tidak dapat dilakukan di peringkat nasional, Johor bersedia menjadi negeri pertama untuk mengubah silibus pelajaran terbabit. - Foto Facebook/HRH Crown Prince of Johor
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Ambil langkah proaktif perbaharui silibus mata pelajaran - Pemangku Sultan Johor
Kerajaan Persekutuan perlu menerima hakikat Laporan Bank Dunia berhubung kedudukan terkini pelajar negara ini.