KUALA LUMPUR: Capital A Bhd (Capital A atau Kumpulan) melantik Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif bagi memberikan perspektif baharu dan kepimpinan yang lebih mantap dalam menyokong pertumbuhan strategik perniagaan penerbangan.
Kumpulan itu turut mengumumkan penjenamaan semula perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Limited (AAAL) kepada AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAAGL, Bo Lingam dengan kekuatan lembaga pengarah AAAGL termasuk pelantikan Jamaludin, ia dijangka mampu menyelia rancangan masa depan Kumpulan itu.
Jelasnya, setiap seorang ahli mereka akan membawa pengalaman dan kepelbagaian untuk memastikan tadbir urus korporat yang teguh dan pengawasan strategik yang kukuh.
Katanya lagi, pembentukan lembaga pengarah baharu untuk AAAGL, yang terdiri daripada semua pengarah bebas, (kecuali Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan), adalah berasingan daripada lembaga pengarah Capital A.
"Ini memberikan tumpuan khusus pada perniagaan penerbangan untuk menyokong pertumbuhan yang mampan termasuk menubuhkan syarikat baharu pada masa hadapan.
"Keutamaannya adalah untuk mengumpulkan gabungan profesional terkemuka daripada pelbagai industri dan kemahiran berlainan untuk saling melengkapi.
"Mereka terdiri daripada pemain industri terbaik dalam bidang masing-masing termasuk tokoh terkenal dari negara yang ia beroperasi untuk memastikan kepelbagaian dalam kewarganegaraan, kemahiran dan jantina," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jamaludin merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Bhd.
Mengulas lanjut, Bo berkata pengumuman tersebut juga menandakan permulaan baharu yang kukuh untuk kumpulan syarikat penerbangan Kumpulan itu.
Ia turut akan menyokong pengembangan pesat syarikat portfolio Capital A, disamping membantu pertumbuhan kukuh kedua-dua syarikat penerbangan dan bukan penerbangan, tambahnya.
“AAAGL kini memegang pelaburan syarikat penerbangan kami dan membuka jalan untuk pembentukan syarikat penerbangan baharu pada masa hadapan.
“Rasional bagi penstrukturan semula ini adalah untuk menyediakan platform yang berasingan, kukuh dan padu untuk operasi syarikat penerbangan yang menyokong Capital A untuk menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan.
"AAAGL juga akan menjadi salah satu tonggak utama Capital A, di samping perniagaan digital baharu dan syarikat kejuruteraan pesawat, Asia Digital Engineering (ADE) yang bakal mengumumkan lembaga pengarah baharu dalam masa terdekat, sebagai entiti berasingan daripada AAAGL," ujarnya lagi.
Sebelum ini, AirAsia Group Bhd (AAGB) mengumumkan pertukaran nama kepada Capital A Berhad (Capital A atau Kumpulan) berkuat kuasa serta merta.
Hasimi Muhamad
Fri Feb 11 2022
Jamaludin merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Bhd - Foto fail/BERNAMA
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.