Iskandar Malaysia berjaya mencatat pelaburan komited kumulatif keseluruhan sebanyak RM128.21 bilion sejak penubuhannya pada 2006.
Astro Awani
Mon Oct 21 2013
Iskandar Malaysia berjaya mencatat pelaburan komited kumulatif keseluruhan sebanyak RM128.21 bilion sejak penubuhannya pada 2006 hingga September tahun ini.
Dalam tempoh Julai hingga September tahun ini, koridor ekonomi selatan itu berjaya menarik pelaburan baru bernilai RM9.28 bilion berbanding RM7.56 bilion dalam suku kedua.