ISKANDAR PUTERI: Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion (kira-kira S$115 bilion) dari 2006 hingga Jun 2022, yang mana RM219 bilion (kira-kira S$68.4 bilion telah direalisasikan, kata Manteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.
Beliau berkata, Singapura kekal sebagai pelabur asing kedua terbesar di Iskandar Malaysia dengan pelaburan komited sebanyak RM25.3 bilion (S$7.9 bilion) dalam pelbagai pelaburan seperti pembuatan, penjagaan kesihatan, pendidikan, perkhidmatan perniagaan dan pembangunan estet perindustrian.
"Pandemik COVID-19 yang bermula pada 2020 telah memberi kesan buruk kepada kedua-dua negara. Pembukaan semula secara penuh sempadan kita dengan Singapura pada 1 April, 2022 telah membantu kadar pemulihan ekonomi, terutamanya bagi Iskandar Malaysia dan Johor.
"Kita mendapati berlakunya kesesakan lalu lintas di Tambak Johor dan Linkedua serta pelanggan beratur panjang di kedai makan tempatan dengan semakin ramai rakyat Singapura meneruskan kunjungan mingguan mereka ke Johor dan Malaysia. Trafik Johor ke Singapura hampir kembali normal," katanya.
Mustapa berkata demikian dalam ucapannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-15 Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) secara bersama dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee di sini.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran.
Mustapa berkata, ekonomi negara dijangka berada dalam keadaan pemulihan tahun ini.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa pada tahun hadapan ia mungkin agak mencabar dan menyeru kedua-dua negara untuk bekerjasama rapat bagi meningkatkan daya tahan dalam menghadapi cabaran itu.
Mengenai JMCIM, beliau berkata, sejak penubuhannya pada 2007, jawatankuasa tersebut telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.
JMCIM, katanya, merupakan jambatan penting yang menghubungkan Malaysia dan Singapura melalui Iskandar Malaysia.
"Pada mesyuarat terakhir Disember 2021 yang dihoskan oleh Singapura, kita memutuskan untuk menghidupkan semula JMCIM dan bersetuju mengkaji semula kebanyakan Terma Rujukan (TOR) Kumpulan Kerja.
"Kemajuan yang dicapai akan menyumbang kepada JMCIM dengan lebih kukuh dan mampan. Izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai kita di kedua-dua negara atas kerja keras mereka. Pertemuan hari ini adalah peluang untuk kita meningkatkan kerjasama dalam era pasca COVID-19.
"Terdapat pencapaian penting dalam enam Kumpulan Kerja, dengan lebih daripada 45 inisiatif dan projek strategik sejak penubuhan JMCIM pada 2007. Idea pecah tanah dan projek inovatif seperti Sistem Pelepasan Automatik Malaysia, M-BIKES, Sister Wetlands dan projek Sistem Transit Rapid dicetuskan daripada platform JMCIM," katanya.
Beliau berkata, dengan siapnya projek Afiniti dan Avira (Fasa 1) Medini, Kumpulan Kerja Projek Ikonik akan berkembang kepada Kumpulan Kerja Inovasi, yang memfokuskan pada perkongsian ekosistem permulaan teknologi, memudahkan aktiviti perniagaan melalui sandbox, perintis dan peralatan pengujian serta jenis kerjasama lain melalui perkongsian pengetahuan dan pertukaran teknikal.
Terdahulu, Mustapa, Onn Hafiz, Lee dan Iswaran mengambil peluang berbasikal sejauh kira-kira 4.2 kilometer dari Tambak ke Restoran Hua Mui, Johor Bahru dan bersarapan di restoran tersebut. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
![Iskandar Malaysia catat pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion Iskandar Malaysia catat pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660216257_TBtokpa.jpg)
Mustapa Mohamed (tiga, kanan), Onn Hafiz Ghazi (tiga, kiri) bersama S. Iswaran (empat, kiri) dan Desmond Lee (empat, kanan) ketika sesi bergambar sebelum Mesyuarat ke-15 JMCIM melibatkan Malaysia dan Singapura hari ini. Gambar BERNAMA
![CEO OpenAI kongsi perancangan kasar untuk GPT-5 CEO OpenAI kongsi perancangan kasar untuk GPT-5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736329938_TBSamAltmanjpg.jpg)
CEO OpenAI kongsi perancangan kasar untuk GPT-5
CEO OpenAI Berkongsi Perancangan Kasar Untuk GPT-5 Dijangka Hadir Dalam Beberapa Bulan
![PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739418265_NarendraModi.jpg)
PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump
Modi yang merupakan pemimpin asing keempat melawat Trump sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, turut dijadual bertemu usahawan teknologi Elon Musk.
![PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
![Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739416894_KBSentral.jpg)
Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral
Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan KB Sentral sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415707_CheTa.jpg)
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
![Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730979063_DesmondLee.jpg)
Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini
![Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM40.3 bilion Jan hingga Sept 2024 Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM40.3 bilion Jan hingga Sept 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729776862_AnwarIbrahimIskan.jpg)
Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM40.3 bilion Jan hingga Sept 2024
Perkara itu dimaklumkan kepada Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat ke-33 Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) pada Khamis.
![Makluman dari perniagaan mengenai JS-SEZ sedang ditangani - Onn Hafiz Makluman dari perniagaan mengenai JS-SEZ sedang ditangani - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724931780_TBUOB.jpg)
Makluman dari perniagaan mengenai JS-SEZ sedang ditangani - Onn Hafiz
Kerajaan Johor dan persekutuan sedang mengambil langkah serius untuk menangani maklum balas dan kebimbangan perniagaan mengenai Zon Ekonomi Khas (JS-SEZ) Johor-Singapura yang akan datang.
![Iskandar Malaysia catat pelaburan direalisasi RM291.4 bilion sehingga kini Iskandar Malaysia catat pelaburan direalisasi RM291.4 bilion sehingga kini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724139041_TBIRDA.jpg)
Iskandar Malaysia catat pelaburan direalisasi RM291.4 bilion sehingga kini
Kemajuan luar biasa itu menunjukkan Iskandar Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran pelaburan kumulatif RM636 bilion menjelang 2030.
![JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715494272_TBOnnHafiz.jpg)
JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
![IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030 IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704703918_TBIRDAjpg.jpg)
IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030
Sejak penubuhan pada 2006 hingga Sept 2023, Iskandar Malaysia merekodkan jumlah pelaburan terkumpul RM409.5 bilion, melebihi sasaran awal.
![Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15% Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15%](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704678743_TBhartanahjpg.jpg)
Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15%
Unjuran itu dibuat kerana kebanyakan pemaju hartanah merancang untuk melancarkan lebih banyak projek di Iskandar Malaysia tahun ini.
![Iskandar Malaysia catat pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion Iskandar Malaysia catat pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660216257_TBtokpa.jpg)
Iskandar Malaysia catat pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion
Singapura kekal sebagai pelabur asing kedua terbesar di Iskandar Malaysia dengan pelaburan komited sebanyak RM25.3 bilion.
![Pelaburan di Iskandar Malaysia bukti pelabur asing semakin yakin Pelaburan di Iskandar Malaysia bukti pelabur asing semakin yakin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658739063_TBISMAILSABRIFELO.jpg)
Pelaburan di Iskandar Malaysia bukti pelabur asing semakin yakin
Menurut perdana menteri, lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelabur asing di Iskandar Malaysia untuk pembangunan pusat data.
![Sedenak jadi 'flagship' keenam di Iskandar Malaysia - PM Sedenak jadi 'flagship' keenam di Iskandar Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640255730_IskandarMalaysiaI.jpg)
Sedenak jadi 'flagship' keenam di Iskandar Malaysia - PM
Pembangunan di Sedenak akan memberi tumpuan kepada industri agroteknologi; teknologi tinggi; penyelidikan dan pembangunan serta aktiviti rendah karbon.