KUALA LUMPUR: Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang berlandaskan konsep 'jobs guarantee' bakal menawarkan 600,000 peluang pekerjaan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata inisiatif yang membabitkan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Feb ini.
"Kita akan menganjurkan Karnival Kerjaya JaminKerja 2022 siri yang pertama pada tahun ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Karnival ini akan melibatkan 50 majikan, dengan lebih 2,500 peluang pekerjaan ditawarkan.
"Selain itu, terdapat aktiviti seperti kaunseling kerjaya, sesi temu duga bersama majikan, bantuan pendaftaran Portal Pekerjaan Nasional, MYFutureJobs, dan sebagainya," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Agenda Awani bertajuk 'Ketahanan Ekonomi Keluarga Malaysia' terbitan Astro AWANI, pada Selasa malam.
Inisiatif JaminKerja merupakan kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia serta agensi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).
Ia terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Insentif Penggajian JaminKerja, Malaysia Shortterm Employment Programme (MySTEP) serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran.
Menurut Tengku Zafrul, pada tahun lepas kerajaan berjaya menjana hampir 560,000 peluang pekerjaan melebihi sasaran awal sebanyak 500,000 yang sekali gus membantu menyumbang kepada penurunan kadar pengangguran.
Bagi Insentif Penggajian JaminKerja, beliau berkata permohonan telah dibuka mulai 17 Jan, 2022 sehingga 30 Jun, 2022 yang boleh dibuat melalui laman web Perkeso.
Selain itu, katanya, Program MySTEP akan dilanjutkan pada tahun ini dengan 80,000 peluang pekerjaan disasarkan.
"Ini merupakan program pekerjaan jangka pendek secara kontrak di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran para pencari kerja," katanya sambil menambah sebanyak 61,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan menerusi program tersebut melepasi sasaran 50,000 pada tahun lepas.
Beliau berkata kerajaan juga turut menyasarkan 220,000 pelatih menjalani pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dan sebanyak 5,000 kursus akan ditawarkan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.
"Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuklah program 'place and train' (latihan + jaminan pekerjaan," katanya.
Tengku Zafrul berkata JaminKerja turut menyediakan pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran, termasuk program peningkatan kemahiran dengan kerjasama industri.
Keutamaan juga diberi kepada kemahiran digital, contohnya program Global Online Workforce (GLOW) di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
"JaminKerja turut menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan tumpuan seperti orang kurang upaya (OKU), orang Asli dan banduan dengan pembabitan pelbagai agensi berkaitan antaranya Majlis Pembangunan Sumber Manusia (HRDC), Kementerian Pengajian Tinggi , Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)," katanya.
Sementara itu, katanya, sebanyak RM6.6 bilion telah diperuntukkan di bawah Bajet 2022 untuk memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kementerian dan agensi berkaitan.
"Justeru, sudah tiba masanya TVET menjadi pilihan utama kepada para belia kerana TVET telah terbukti mampu melahirkan individu berkemahiran, terlatih dan berbudaya usahawan," tambahnya.
Tengku Zafrul menegaskan bahawa Kementerian Kewangan dan kerajaan sentiasa responsif dalam memastikan seluruh Keluarga Malaysia dan komuniti perniagaan disokong sebaik mungkin, terutamanya dalam memperkukuhkan pemulihan ekonomi negara yang semakin jelas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022
Zafrul berkata JaminKerja turut menyediakan pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran, termasuk program peningkatan kemahiran dengan kerjasama industri.
Vietnam-Rusia tandatangani perjanjian berkaitan nuklear
Kerajaan Vietnam dan Rusia memeterai beberapa kerjasama termasuk berkaitan tenaga nuklear. Perjanjian itu dimeterai ketika lawatan kerja Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin di Hanoi pada Selasa.
Kanak-kanak Palestin alami trauma melampau
Serangan berterusan Israel di Gaza meninggalkan kesan psikologi yang amat mendalam terhadap kanak-kanak Palestin. Ini cerita seorang anak kecil bernama Mohammed Salem yang kini yatim piatu. Dia kehilangan kedua ibu bapanya serta saudara kembar dalam serangan tidak berperikemanusiaan Israel di wilayah itu.
Sydney tutup sembilan pantai
Sembilan pantai di Sydney, termasuk kawasan perairan terkenal Manly, ditutup kepada pengunjung hari ini, susulan bebola berona putih dan kelabu terdampar di pesisir pantai ketika kemuncak cuti musim panas.
Sesi pertama pendengaran perbicaraan Presiden Korea Selatan berakhir dalam 4 minit
Pemangku Presiden Mahkamah Moon Hyung Bae mengumumkan perbicaraan akan diteruskan seperti yang dijadualkan tanpa mengira kehadiran Suk Yeol, dengan sesi seterusnya ditetapkan pada Khamis pukul 2 petang.
Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
: ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau, di samping memupuk kerjasama dengan pemain industri global.
Polis tahan sembilan lelaki disyaki menyamar, rompak
Polis menahan sembilan lelaki warga tempatan kerana disyaki merompak sekumpulan pekerja kebun sayur dengan menyamar sebagai anggota penguat kuasa dan bersenjatakan parang, tengah malam Isnin.
Pistol, 67 butir peluru hidup ditemui dalam kotak misteri di Pantai Robina
Misteri sebuah kotak berbalut plastik hitam dijumpai di persisiran Pantai Robina di Butterworth, Pulau Pinang, awal pagi Selasa, terjawab dengan penemuan sepucuk pistol bersama kelopak peluru dan 67 butir peluru hidup di dalamnya.
Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, keseluhan proses berkaitan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) ini hanya mengambil masa 11 bulan sahaja.
Isu selesai, tiada ralat dalam soal dasar – PM
Isu yang berbangkit mengenai kedudukan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah selesai tanpa sebarang ralat dari segi dasar dan perundangan.
Skim harga maksimum diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.
Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul
Hanya 1.6 peratus daripada projek-projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 masih belum dilaksanakan, kata Tengku Zafrul.
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Penang Silicon Design @5km+ bakal kukuh kedudukan Malaysia dalam landskap semikonduktor global
Inisiatif Penang Silicon Design @5km yang dilancarkan hari ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.