KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala yang kukuh, terutamanya dalam ASEAN, untuk meningkatkan perdagangannya serta memanfaatkan pelbagai perjanjian perdagangan seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Tan Sri Munir Majid, Pengerusi CIMB Asean Research Institute (CARI) ASEAN Research and Advocacy, berkata negara juga tidak perlu bimbang dengan peluang yang ditawarkan oleh CPTPP.
Beliau berkata perdagangan dan pelaburan antara serantau yang lebih baik telah berlaku berikutan perang perdagangan dan teknologi yang diisytiharkan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap China serta hasil kumpulan perdagangan bebas dan serantau lain seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan CPTPP.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mahu meningkatkannya. Ia boleh dipertingkatkan (perdagangan antara ASEAN hanya kekal pada sekitar 25 peratus).
"Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan pemisahan antara AS dan China boleh menyebabkan penguncupan dalam KDNK dunia sebanyak 7.0 peratus dalam situasi yang paling melampau.
"Kita perlu meningkatkan perdagangan yang masuk dan menarik pelaburan daripada rakan kongsi serantau untuk mengimbanginya," katanya kepada Bernama.
Lawatan PM ke China
Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai berkata Malaysia telah melaksanakan tugas yang baik setakat ini ke arah mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan rakan perdagangan serantau termasuk China dalam siri lawatan oleh Anwar.
"China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 14 tahun berturut-turut, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM488 bilion pada 2022 dan merupakan pelabur langsung asing yang terbesar dengan pelaburan berjumlah RM55.16 bilion.
"Susulan lawatan rasmi ke China pada Mac, didapati kedua-dua negara telah bersetuju untuk meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan kerjasama ekonomi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, termasuk mempercepatkan projek Laluan Rel Pantai Timur selain meningkatkan dan meninjau bidang kerjasama baharu seperti TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional), pendigitalan dan pembangunan dalam industri halal," katanya.
Dalam lawatan itu, Soh berkata Malaysia meraih RM2.44 bilion untuk potensi eksport dan mencatatkan komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China, iaitu dalam sektor pembuatan termasuk pembuatan kereta generasi baharu, petrokimia dan vaksin.
Dengan menjadikan Malaysia sebagai hab serantau mereka, katanya pelaburan berkualiti tinggi ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan membantu mewujudkan kesan limpahan kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan yang akan mendapat manfaat daripada pemindahan teknologi dalam pengeluaran, pengedaran dan peningkatan industri selain membina keupayaan baharu, membangunkan industri utama dan mewujudkan pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi untuk rakyat Malaysia.
Soh berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Kemas Kini Tinjauan Ekonomi Dunianya pada Januari 2023 telah memberi penekanan kepada keperluan untuk mengukuhkan kerjasama pelbagai hala yang termasuk mengukuhkan perdagangan global untuk menangani risiko daripada pemecahan geopolitik semasa.
"Dalam perkara ini, perjanjian perdagangan bebas (FTA) menjadi aspek penting dalam perbincangan antara kedua-dua pemimpin dari Malaysia dan China dengan penekanan kepada memanfaatkan faedah daripada Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) dan RCEP untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara," katanya.
Perbincangan mengenai AMF tepat pada masanya
Sementara itu, Munir berkata perbincangan mengenai Tabung Kewangan Asia (AMF), yang disarankan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, tepat pada masanya berikutan proses pemisahan sedang berlaku dalam ekonomi dunia, "situasi yang disebabkan oleh usaha AS untuk mengawal China".
"Penggunaan mata wang rakan niaga yang lebih besar, mengelak dolar sebagai perantaraan, juga sedang berlaku, seperti rubel-rupee dalam perdagangan Rusia-India atau riyal-yuan dalam perdagangan Saudi-China, bukan petrodollar.
"Dolar AS menjadi semakin kurang penting dan negara dalam sistem antarabangsa mahu kurang terdedah kepada kesan dasar monetari dan fiskal AS ke atas mata wang dan ekonomi mereka," katanya.
Menurut Munir, terdapat juga struktur yang diperkenalkan pada 2000 selepas krisis kewangan Asia yang boleh digunakan sebagai asas seperti Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM), yang melibatkan negara ASEAN+3 (China, Jepun dan Korea Selatan).
Beliau berkata mekanisme ini bertujuan membantu pihak terlibat yang mungkin menghadapi masalah imbangan pembayaran dan mudah tunai jangka pendek.
"Terdapat juga AMRO (Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3) untuk memantau dasar ekonomi bagi memastikan mereka yang mungkin meminta bantuan mudah tunai tidak menghadapi masalah kerana dasar fiskal dan kewangan yang melulu. Justeru, ia seperti IMF serantau itu sudah ada," katanya.
Bagaimanapun, katanya, untuk membangunkannya menjadi AMF memerlukan pembinaan secara konsensus berhubung parameter dasar fiskal dan monetari serta mengenal pasti mata wang pilihan terakhir yang boleh diterima ketika krisis.
"Mata wang manakah yang akan memainkan peranan dolar? Adakah yuan? Bukankah ekonomi dan mata wang lain juga akan terdedah kepada dasar fiskal dan kewangan China, sama kepada dolar AS ketika ini? Mungkinkah terdapat formula untuk hak pengeluaran khas dan bukannya bergantung kepada satu atau dua mata wang sahaja?
"Terdapat banyak butiran yang perlu diselesaikan. Struktur asas sudah ada dan boleh dibangunkan. Ia adalah tepat pada masanya untuk berbuat demikian kerana dasar AS memacu negara daripada dolar dan Asia yang akan menjadi pusat aktiviti ekonomi dan pertumbuhan," katanya.
Peluang dalam pasaran di luar rantau
Munir berkata masih terdapat pasaran di luar rantau ini yang baik seperti Mexico dan Kanada.
"Kesatuan Eropah (EU) jangan dilupakan. Malah AS, Mexico dan Kanada, berikutan terdapat FTA antara ketiga-tiganya.
"Memandangkan kini United Kingdom (UK) menyertai CPTPP, kita perlu melihat bagaimana untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan mereka.
"Semua negara tersebut sedang melalui masa yang sukar, tetapi kita perlu ingat RCEP, sebagai contoh, masih hanya 30 peratus daripada ekonomi dunia," katanya.
Beliau menegaskan walaupun memberi tumpuan kepada rantau ini, kerajaan tidak boleh mengabaikan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan pihak lain.
"Perlu diambil perhatian juga mengenai keputusan oleh menteri-menteri kewangan ASEAN dan gabenor bank pusat di Bali pada akhir bulan lepas untuk memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam penyelesaian perdagangan berbanding menggunakan dolar," katanya.
Sementara itu, Soh berkata dalam melengkapkan lagi usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk menyokong pengembangan peluang eksport bagi industri Malaysia dan menggiatkan semula pelaburan, FMM yakin FTA penting untuk meletakkan Malaysia sebagai negara yang pro-industri, pro-perdagangan dan pro-pelaburan.
"Oleh itu, FMM telah menyokong Malaysia melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menyambung semula rundingan mengenai FTA Malaysia-EU (MEUFTA), yang dilancarkan pada 2010 tetapi ditangguhkan selepas beberapa pusingan rundingan pada 2012.
"Kami juga menggesa kerajaan untuk menandatangani perjanjian perdagangan keutamaan dengan negara-negara pesat membangun seperti Bangladesh dan negara-negara Timur Tengah (terutamanya Emiriah Arab Bersatu), kerana Malaysia mengeksport hampir RM50 bilion ke pasaran ini pada 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Malaysia dilihat telah melaksanakan tugas yang baik setakat ini ke arah mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan rakan perdagangan serantau termasuk China dalam siri lawatan oleh Anwar. - Fail/PMO

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Kerjasama ekonomi: Sesebuah negara bebas tentukan dasar, tanpa ikut telunjuk - PM
Kehendak dan keperluan rakyat merupakan asas utama dalam merangka dasar negara, terutama dalam hubungan perdagangan dan ekonomi, tegas Anwar.

Syarikat China harus pertimbang Malaysia sebagai hab serantau, tubuh ibu pejabat
Syarikat China harus mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi yang ideal untuk menubuhkan ibu pejabat serantau, yang seterusnya berkembang di peringkat antarabangsa melalui Malaysia.

China zahir kebimbangan terhadap dasar sekatan AS
Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo pada Selasa.

Malaysia tingkat kerjasama dengan GCC melalui FTA yang bakal dimeterai - Mohamad
Hubungan perdagangan antara Malaysia dan GCC amat signifikan dengan kerjasama ekonomi yang mampu memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

Malaysia yakin terus perkukuh hubungan dengan New Zealand
Malaysia komited bekerjasama rapat dengan New Zealand bagi memastikan matlamat dan nilai bersama tercapai, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.

Eksport lada Malaysia bernilai RM86.4 juta sehingga Julai tahun ini - Chan
Eksport lada Malaysia meningkat kepada RM86.4 juta bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding RM80.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Dasar Trump atau Harris tidak jejas peluang Malaysia raih manfaat
Malaysia masih mampu mendapat manfaat, tidak kira di bawah dasar pentadbiran Donald Trump mahu pun Kamala Harris sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Program ekonomi lima tahun Malaysia-China dimeterai semasa lawatan Li Qiang - Tengku Zafrul
Program Lima Tahun untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara China dan Malaysia dijangka ditandatangani tidak lama lagi semasa lawatan sulung Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia.

Ekonomi MADANI beri gambaran jelas aspirasi Malaysia - AMCHAM
AMCHAM yakin kejayaan naratif Ekonomi MADANI akan disumbangkan tiga faktor kritikal, termasuk tadbir urus yang baik dalam memantau projek.

Hubungan perdagangan dua hala yang kukuh beri manfaat kepada Malaysia
Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala yang kukuh, terutama dalam ASEAN, untuk meningkatkan perdagangannya serta memanfaatkan pelbagai perjanjian perdagangan seperti CPTPP.