SHAH ALAM: Program Lima Tahun untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara China dan Malaysia dijangka ditandatangani tidak lama lagi semasa lawatan sulung Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata kedua-dua negara telah bersetuju untuk melaksanakan pusingan kedua Program Lima Tahun Malaysia-China untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan yang akan memperkukuh hubungan antara industri dalam sektor utama seperti pembuatan peringkat tinggi dan ekonomi digital.
Tengku Zafrul berkata program itu juga akan mengeratkan lagi kerjasama dalam robotik, pembangunan usahawan, inovasi dan syarikat pemula niaga, serta penyelidikan dan pembangunan dalam pertanian dan industri utama.
Selain kerjasama ekonomi dan perdagangan, dua memorandum persefahaman (MoU) kerajaan kepada kerajaan dijangka dimeterai semasa lawatan itu, merangkumi MoU mengenai pengukuhan kerjasama pelaburan dalam ekonomi digital serta MoU berkaitan usaha menggalakkan kerjasama pelaburan dalam pembangunan hijau.
"MoU ini akan menetapkan hala tuju syarikat dari Malaysia dan China mengenai peluang pelaburan dan perniagaan dalam pelbagai sektor," katanya semasa melancarkan kilang pemasangan Chery Malaysia di sini, pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Tengku Zafrul berkata program itu juga akan mengeratkan lagi kerjasama dalam robotik, pembangunan usahawan, inovasi dan syarikat pemula niaga, serta penyelidikan dan pembangunan dalam pertanian dan industri utama. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Penerbangan terus Xi'an-Penang mulai 30 Dis, perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China
Syarikat penerbangan China Loong Air, akan melancarkan penerbangan terus baharu dari Xi'an ke Pulau Pinang bermula 30 Dis ini.

Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.

Malaysia mahu tingkat perdagangan produk halal, pertanian komoditi dengan China - PM Anwar
Perkara itu disampaikan Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Premier Li Qiang.

Pelajar jadi titian eratkan persahabatan Malaysia-China
Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara, khususnya China memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.

Kerjasama strategik Malaysia-China perkukuh ekonomi negara
China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dengan jumlah dagangan hampir AS$100 bilion.

China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li
China juga mempertingkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam pembasmian kemiskinan, untuk mencapai manfaat bersama yang lebih baik.

Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.

Sambutan 50 Tahun Malaysia-China, saat penting untuk diraikan - Fahmi
Sambutan bermakna itu adalah jalinan hubungan yang dimulakan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

PM Anwar, Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati hubungan Malaysia-China
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati ulang tahun hubungan diplomatik ke-50 antara Malaysia dan China.

Program ekonomi lima tahun Malaysia-China dimeterai semasa lawatan Li Qiang - Tengku Zafrul
Program Lima Tahun untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara China dan Malaysia dijangka ditandatangani tidak lama lagi semasa lawatan sulung Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia.