BARCELONA (Sepanyol): Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) pada Isnin memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjalin kerjasama membangun inisiatif pembangunan tenaga kerja dan menjalankan penyelidikan berkaitan dalam industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.
Ketua pegawai eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun berkata syarikat tersebut yakin bahawa pengalaman, kepakaran dan rangkaian mereka akan dapat menyokong objektif dan inisiatif MCMC ke arah membina ekosistem pembangunan tenaga kerja dan penyelidikan industri komunikasi dan multimedia yang teguh.
"Huawei Malaysia terus mengambil pendekatan proaktif untuk memperkasakan keupayaan Malaysia dalam ekonomi digital dan daya saing global.
"Kami percaya bahawa standard penyampaian adalah setanding dengan tenaga kerja yang melaksanakannya," katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani perjanjian tersebut di luar acara Mobile World Congress Barcelona (MWC) atau Kongres Mudah Alih Dunia (MWC 2024), di sini, pada Isnin.
MoU tersebut dimeterai oleh ketua pegawai eksekutif MCMC Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus dan naib presiden Huawei Malaysia Zac Chow serta disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Simon.
Menerusi kerjasama ini, program 'Digital Leadership Excellence: Navigating the Tech Frontier' akan dijalankan bagi membimbing kira-kira 300 pemimpin daripada industri dan sektor awam dalam masa tiga tahun dengan sasaran tempoh dari 2024 hingga 2026.
MCMC and Huawei Malaysia juga akan membangunkan bersama dan melaksanakan program khusus, kelayakan mikro dan pensijilan untuk menangani keperluan pembangunan tenaga kerja industri pada masa ini dan di masa depan.
Dalam bidang penyelidikan, kedua-dua pihak akan menjalankan inisiatif penyelidikan kolaboratif untuk mengenal pasti kecekapan dan kemahiran digital yang penting bagi pertumbuhan industri.
Pelbagai aspek industri komunikasi dan multimedia akan diteliti berserta kajian mengenai isu berkaitan serantau, sosial dan digital untuk memastikan kesahihan dan perkaitan hasil penyelidikan yang akan memberi sumbangan penting kepada kemajuan industri.
Terdahulu, Fahmi merasmikan Malaysian Pavilion di MWC 2024, perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa, Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah.
MWC 2024 yang berlangsung selama empat hari itu bermula Isnin dijangka dihadiri lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024

Fahmi menyaksikan pertukaran dokumen MoU yang ditandatangani Mohd Ali Hanafiah (duduk, kiri) dan Zac Chow pada MWC 2024 di Barcelona, 26 Feb 2024. Turut hadir, Mohamad Salim. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.