KUALA LUMPUR: Highlands Parkcity Sdn Bhd berada di landasan untuk membangunkan King's Park, daerah pusat perniagaan (CBD) pertama di Genting Highlands, dengan kerjasama Yuk Tung Group dan Persatuan Promosi Pendidikan Tinggi di Malaysia (APHEM).
Memanfaatkan ketibaan pelancong yang tinggi di Genting Highlands, King's Park ialah projek pembangunan bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM10 bilion.
Membabitkan lebih 61 hektar tanah pegangan bebas, pembangunan yang akan datang terdiri daripada kombinasi unik tawaran komersial, kediaman dan rekreasi bersepadu.
"Pembangunan ini akan bersedia untuk mendapat manfaat yang besar daripada kemasukan peluang pelaburan dan pembangunan di Genting.
"Genting Highlands diunjurkan menerima 53 juta pelawat menjelang 2026 dengan kawasan tadahan melebihi 700,000 orang dalam radius lima kilometer (km)," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Highlands Parkcity Jayandren Subramaniam kepada Bernama.
Beliau menambah King's Park juga akan menampilkan kehadiran signifikan jenama-jenama terkenal di peringkat antarabangsa, yang menawarkan pengalaman baharu yang belum tersedia di Malaysia.
"Terdapat banyak aktiviti dan tarikan 'outdoor', seperti sukan eko, denai berbasikal gunung dan taman tema berasaskan alam semula jadi, termasuk terarium terbesar di dunia yang berukuran lebih 600 meter panjang," kata beliau.
Fasa pertama dibuka pada 2026
Jayandren berkata fasa pertama projek itu -- dengan GDV RM1 bilion -- melibatkan pembangunan 12 blok lot kedai, terdiri daripada 360 unit, setiap satu berukuran 22 kaki X 75 kaki.
Berharga di antara RM2.8 juta dan RM3.8 juta, beberapa unit di tingkat bawah mempunyai siling yang tinggi, berukuran 6.5 meter (m).
Dijadualkan untuk siap pada tahun 2026, komponen komersial dalam projek itu termasuklah kedai jalanan dengan laluan pejalan kaki sepanjang 2.0 km, menampilkan gabungan seni bina kolonial dan vintaj.
"Kawasan peruncitan, termasuk kedai makanan dan minuman, juga akan membolehkan pengunjung menikmati makanan di kawasan terbuka dengan pemandangan tepi sungai yang memanjang kira-kira 500m," katanya.
Pembangunan itu juga turut merangkumi pembinaan tiga hotel, termasuk resort Swissotel Genting Highlands yang bertaraf dunia.
Sementara itu, bahagian untuk pembangunan kediaman King's Park akan bermula pada fasa tiga, bermula dari 2026.
"Biasanya apabila orang ramai pergi ke Genting Highlands, sukar untuk mereka mendapatkan bilik kerana kebanyakan unit dikhaskan untuk ahli sahaja, jadi pilihan yang lebih luas di King's Park akan menarik lebih ramai orang ke kawasan itu," katanya.
"Biasanya apabila orang ramai pergi ke Genting Highlands, sukar untuk mereka mendapatkan bilik kerana kebanyakan unit dikhaskan untuk ahli sahaja, jadi pilihan yang lebih luas di King's Park akan menarik lebih ramai orang ke kawasan itu," katanya.
Pembangunan itu juga turut bertujuan menarik pelancong Islam antarabangsa kerana ia merangkumi hab runcit halal dan hotel butik yang memenuhi keperluan pelanggan Islam, memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang untuk pengembaraan halal.
Jayandren juga menegaskan bahawa pembangunan itu bukan sahaja akan menarik pelancong dan pengembara perniagaan, tetapi juga memberi khidmat kepada masyarakat sekitar dan melengkapkan pembangunan lain di kawasan itu.
"Walaupun kita mengalami situasi yang sama seperti pandemik, pembangunan akan dapat dikekalkan dan perniagaan akan diteruskan seperti biasa kerana ia akan memberi khidmat kepada masyarakat secara amnya, bukan hanya kepada pelancong semata-mata," katanya.
King's Park tampilkan taman tema berasaskan alam semula jadi; terarium terbesar di Malaysia
Naib Presiden Eksekutif Highlands Parkcity Sean Chen berkata salah satu tarikan unik King's Park ialah taman tema berasaskan alam semula jadi.
"Kedua-dua taman tema ini akan melengkapkan taman tema di Genting Highlands yang mana kami lebih memfokuskan alam semula jadi, manakala Genting lebih tertumpu secara 'indoor' dan studio," katanya.
Berkeluasan 200,000 kaki persegi, taman tema itu akan menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung kerana ia terletak di dalam hutan Pahang.
Ia juga akan menampilkan terarium terbesar di Malaysia, yang mana pelawat boleh berjalan di laluan tepi sungai untuk ketenangan yang terbaik.
Chen berkata King's Park akan dibangunkan dalam lima fasa, dan akan mengambil masa kira-kira lapan tahun untuk disiapkan.
"Apa yang kami sasarkan untuk dibangunkan di sini adalah lebih daripada sekadar hotel dan taman tema, tetapi ekosistem CBD lengkap yang mampu berdiri sendiri dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat di kawasan itu," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
King's Park ialah projek pembangunan bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM10 bilion. - Gambar/ Highlands Parkcity
xAI raih suntikan dana baharu AS$6 bilion, Grok-3 dalam pembangunan
xAI sedang menguji aplikasi Grok untuk iPhone dan membangunkan Grok 3, kini dalam fasa latihan.
Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan penderaan seksual kanak-kanak ditahan
Polis menahan 13 lelaki secara berasingan di enam negeri kerana disyaki memiliki bahan pornografi dewasa dan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian.
Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit
Pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas.
Sertai Nissan-Honda, Mitsubishi beri kata putus penghujung Jan 2025
Pengumuman ini adalah lanjutan daripada rancangan Nissan dan Honda untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
Bonus ASB 2024 catat lebih tinggi dari jangkaan
Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai, pencapaian ini bukan sahaja menggambarkan kemampuan pengurus dana ASB dalam memilih pelaburan yang tepat, tetapi juga memperlihatkan kepakaran mereka dalam menguruskan dana dengan cekap dan berkesan.
Doktor pelatih alami tekanan, siapa perlu pantau?
Pengarah hospital disarankan melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital, terutamanya apabila terdapat aduan mengenai masalah penyeliaan yang berlaku di antara doktor pakar dan doktor pelatih.
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional
Menurut pakar ekonomi, langkah itu antara lain mampu membantu kerajaan menangani isu kenaikan caj perubatan fasiliti kesihatan swasta dan peningkatan kadar premium insurans kesihatan.
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pantau Belanjawan: ASB: Bagaimana kadar dividen mencorak pelaburan masa depan?
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun 2024 hari ini. Bagaimana agihan pendapatan ini mencerminkan trend dividen di Malaysia serta mencorak hala tuju pembayaran dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada masa hadapan? Kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai.
Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat
Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
Perbandaran Rimbawan tawar kehidupan moden dalam kehijauan Genting Highlands
Bandar yang berkeluasan 315 ekar ini turut dibangunkan dengan menggunakan pendekatan Miyawaki Method untuk meningkatkan biodiversiti dan mempercepatkan proses regenerasi semula jadi.
Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah
Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands telah ditahan serta dituduh di mahkamah.
Pokok tumbang hempap lima kenderaan di Genting Highlands
Lima kereta rosak dihempap pokok tumbang di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di Genting Highlands, petang tadi.
Tukang kebun buat laporan palsu disamun
Polis mengesan satu laporan palsu dibuat seorang tukang kebun yang mendakwa dirinya disamun oleh tiga lelaki di Genting Highlands, semalam.
Syarikat bas didakwa berkaitan kemalangan di Genting Highlands
Pengarah, M Kumar, 50, yang mewakili syarikat M Kumar Trans Tour Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar.
‘Cinta Di Awan’ konsert solo penutup 2024 buat Siti Nurhaliza
Konsert itu berlangsung selama dua jam setengah dan menyaksikan Siti mempersembahkan rangkaian lebih 30 lagu hit terhebatnya.
Pemandu bas persiaran terbabit nahas di Genting mengaku tidak bersalah
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China mengaku tidak bersalah.
Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini
Kerja pembaikan cerun di laluan itu sepatutnya siap pada Mac lepas namun berlaku sedikit kelewatan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
APAD batal, gantung lesen syarikat bas persiaran terlibat nahas Genting Highlands
Syarikat bas persiaran yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands pada Sabtu lepas kemungkinan berdepan hukuman penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta Pen