KUALA LUMPUR: Program pinjaman peribadi, yang menggunakan Akaun 2 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran, menyaksikan 64,619 permohonan diluluskan melibatkan kira-kira RM1.29 bilion setakat 2 Oktober 2023.
Inisiatif yang dinamakan Program Kemudahan Sokongan Akaun 2 (FSA2), boleh dimohon menerusi Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional sejak dibuka kepada orang ramai pada 7 April.
Di bawah program itu, pencarum KWSP yang layak berumur 40 tahun dan ke atas boleh memohon antara RM3,000 dan RM50,000 dalam bentuk pinjaman peribadi, dengan cagaran terikat dengan pilihan pengeluaran awal daripada Akaun 2 KWSP pada umur 50 atau 55 tahun.
Daripada permohonan yang diluluskan, 46,805 (72%) dibuat oleh lelaki dan 17,814 (28%) oleh wanita, kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapan Dewan Rakyat.
Mengikut kumpulan umur, 45,165 (65.3%) berumur antara 40 dan 45 tahun, dengan pinjaman berjumlah RM854.9 juta.
Seramai 18,490 lagi (28.6%) berumur antara 46 dan 50 (RM397.7 juta), manakala mereka yang berumur 51 tahun ke atas berjumlah 3,964 (6.1%) dengan pinjaman berjumlah RM40.5 juta berjaya dikeluarkan.
Mengikut etnik, orang Melayu membuat jumlah permohonan paling banyak iaitu 34,013 (53%) dengan RM639.6 juta, diikuti Cina (14,063 atau 22% dengan RM345.7 juta) dan India (7,627 atau 12% dengan RM143.2 juta).
Mengikut negeri, pengagihan itu didahului oleh Selangor (21,744 atau 33.6% dengan RM467.6 juta), diikuti Kuala Lumpur (8,082 atau 12.5% dengan RM182.5 juta) dan Johor (6,873 atau 10.6% dengan RM127.8 juta). - DagangNews.com
Dagang News
Thu Oct 12 2023
Daripada permohonan yang diluluskan, 46,805 (72%) dibuat oleh lelaki dan 17,814 (28%) oleh wanita, kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapan Dewan Rakyat. -Gambar fail
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
KWSP catat pendapatan pelaburan RM19.67 bilion pada suku ketiga
Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Berat untuk menyimpan, berisiko kemiskinan hari tua
Pakar berbeza pandangan tentang saranan agar sistem pencen dimansuhkan kerana ia bererti setiap orang bergantung pada KWSP ketika persaraan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
Sektor gig: RUU akta baharu dijangka dibentang hujung tahun - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu membuktikan kepedulian kerajaan dalam membela nasib 1.16 juta pekerja sektor berkenaan.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Oktober 2024.
KWSP umum liputan mandatori kepada pekerja bukan warganegara Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan liputan mandatori untuk pekerja bukan warganegara sebagai usaha memastikan semua pekerja mendapat akses kepada perlindungan sosial.
Belanjawan 2025 memperkukuh kesejahteraan persaraan
KWSP menyokong agenda reformasi untuk membina sebuah negara yang inklusif dan makmur yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.