Penanaman guarana memiliki potensi untuk masa depan selain membantu pertumbuhan ekonomi negara.
Pengurus Besar Koperasi Komuniti Selatan Berhad (KKSB), Andrew Ling berkata, ia adalah tanaman kontan alternatif yang menguntungkan selain berpotensi menaikkan ekonomi melalui pertanian baharu.
"Cuma kita perlu mengembling tenaga membantu usaha ini untuk membuktikan kesahihan keuntungan fasa pertama di Johor.
"Dalam masa sama juga, ia dapat membantu petani-petani mendapatkan pendapatan yang lebih berpotensi dan memberi keuntunggan tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) KKSB dengan Ritz Guarana Plantation Berhad (RITZ).
MoU itu memberi hak ekslusif kepada KKSB untuk menjadi pengedar tunggal biji benih dan anak pokok di seluruh negeri Johor.
Ia turut menyebut, KKSB membeli sebanyak 12 tan biji benih guarana daripada Ritz dengan kos bernilai RM60 juta sekali gus memberikan hak kepada koperasi untuk menjadi tapak serta pengedar benih semaian pokok guarana.
Guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana berdaun lebar dan bunga yang berjambaknya serta buahnya sebesar biji kopi.
Tanaman Guarana merupakan satu jenis tanaman yang dilindungi oleh Kerajaan Brazil kerana ianya merupakan sumber pendapatan kepada negara tersebut. Tumbuhan itu tidak dibenarkan dibawa keluar sama sekali dari negara itu.
Bagaimanapun, Kerajaan Brazil telah memberikan hak eksklusif kepada RITZ untuk membawa keluar biji benih dan anak benih tanaman Guarana untuk memperkembangkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk-produk yang bakal dihasilkan berasaskan tanaman itu.
Kata Andrew, sebagai sebuah koperasi yang bertanggungjawab, keputusan itu dibuat demi ahli-ahli dan dan rakyat negeri Johor sendiri.
Dalam pada itu jelasnya, MoU itu menyebut RITZ membekal dan menjual baja yang sesuai untuk guarana selain menyediakan khidmat nasihat bagaimana menanam pokok guarana dan cara penjagaan.
"RITZ juga akan membeli semula buah guarana yang telah dituai daripada KKSB dan kos pengangkutan untuk penghantaran dan pengambilan barang tuaian ditanggung sepenuhnya oleh RITZ.
"KKSB pula akan membeli biji benih sebanyak 12 tan daripada RITZ dan KKSB juga dilarang untuk menghasilkan biji benih sendiri tanpa kebenaran RITZ.
"Selain itu, KKSB juga hanya akan menggunakan baja yang sesuai dan dibenarkan oleh RITZ sahaja," ujarnya.
KKSB ditubuhkan pada 10 April 2015 atas dasar kesepakatan anggota yang terdiri dari peniaga-peniaga seperti kontraktor, industri pengilangan, industri emas dan perak, arrahnu, industri hartanah, industri pertanian dan penternakkan serta dagangan maritim.
Jelas Andrew lagi , pelbagai bisnes diceburi koperasi itu untuk pengukuhan ekonomi.
"Industri guarana menjadi waktu paling tepat kini untuk mencapai tahap keuntungan maksimum.
"Pelbagai penambahbaikan dari segi teknikal dalaman operasi dan pelbagai aspek dibuat untuk berada selain mampu bersaing di pasaran terbuka," katanya.
Astro Awani
Thu Mar 28 2019
MoU antara KKSB Andrew (kiri) dan RITZ yang diwakili Pengarah Eksekutif, Datuk Seri Zakwan Hafiz Ahmad Ansari (kanan) - Gambar KKSB
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia mahu tingkatkan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas jadi hab perdagangan serantau
Pada 2025, Malaysia akan meneruskan dan mengembangkan projek-projek infrastruktur transformatif yang direka untuk meningkatkan kedudukan global negara.
Indonesia rancang peraturan nasional terperinci mengenai AI
Kerajaan Indonesia akan merangka peraturan yang lebih terperinci dan komprehensif mengenai penggunaan dan pengawalan kecerdasan buatan (AI).
Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara - Lonely Planet
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet, menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara.
Singapura perkenal rang undang-undang kekalkan keharmonian kaum
Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu di Parlimen pada Selasa.
FGV, MPOB jalin kerjasama tingkat kebolehkesanan, perkasa pekebun kecil
FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil.
Warga New York kongsi pendapat susulan pengenalan tol
Pelbagai reaksi disuarakan warga New York selepas kota metropolis perkenalkan tol bagi kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan bermula semalam.
Menteri Pengangkutan Korea Selatan nyata hasrat letak jawatan
Menteri Pengangkutan Korea Selatan menyatakan hasrat meletak jawatan dan berundur daripada kedudukannya sebagai mengambil tanggungjawab di atas berlakunya nahas pesawat Jeju Air baru-baru ini.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Paetongtarn berkata, walaupun beliau tidak berniat merombak kabinet, beliau merancang untuk bertemu setiap menteri secara individu bagi menilai prestasi mereka untuk tempoh tiga bulan lepas.
Penerbangan antarabangsa di Damsyik kembali beroperasi
Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa memulakan semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik bermula hari ini.
Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh
Ia penambahan kepada anggota penuh sedia ada iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kerajaan Brazil pada 6 Januari secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus pada kerjasama Selatan Global
Brazil mengambil alih pengerusi bergilir kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) pada Rabu.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.
22 maut dalam nahas jalan raya di Brazil
Menurut pihak berkuasa, pemandu bas dipercayai hilang kawalan selepas tayar kenderaan itu pecah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang
Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan oleh Kongres baru-baru ini mendapat persetujuan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Harga kopi mungkin meningkat 25 peratus pada 2025 disebabkan hasil tuaian teruk di Brazil, Vietnam
Harga kopi mungkin meningkat sebanyak 25 peratus pada 2025, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan akan memberi kesan kepada hasil tuaian di Brazil dan Vietnam.