Syarikat perkhidmatan pengendalian darat AirAsia, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) telah melancarkan pusat kawalan digital Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang pertama, seumpamanya di Malaysia.
Pusat kawalan digital sepenuhnya itu akan membolehkan GTR untuk menjejaki pengendalian pesawat dengan memproses maklumat digital masa nyata mengenai kemasukan penumpang, penyelarasan bagasi dan aktiviti tanjakan melalui satu panel kawalan digital, dengan sasaran kendalian bagi setiap pesawat selama 25 minit sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, dengan mendigitalkan operasi, proses kemasukan pintu akan dilaksanakan melalui telefon pintar oleh kakitangan perkhidmatan pelanggan dan pada masa yang sama, mengawasi proses tersebut dengan masa nyata yang cekap dan tepat.
Telefon pintar yang sama juga akan digunakan pada karusel bagasi untuk penyelarasan beg, manakala sistem muatan tanjakan 'e-readback' akan menyediakan maklumat kargo dan bagasi yang lebih tersusun bagi sesuatu penerbangan.
"Ini akan meningkatkan tahap keselamatan dengan jaminan ketepatan 100 peratus mengenai bacaan beban serta imbangan pesawat untuk tujuan perancangan penerbangan serta menghapuskan arahan muatan berasaskan kertas yang sukar dibaca pada waktu malam dan dalam keadaan cuaca buruk," katanya pada majlis pelancaran pusat kawalan itu oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada Isnin.
Ketua Pegawai Eksekutif GTR Kevin Chin, yang menyampaikan taklimat operasi kepada Loke, berkata syarikat telah memperuntukkan sejumlah RM35 juta untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan, merangkumi aspek kesejahteraan pelanggan, kargo, dan operasi tanjakan.
"'Pusat kawalan ini merupakan sebahagian daripada pelaburan untuk menaik taraf operasi perkhidmatan darat kami," katanya.
GTR telah ditubuhkan pada 2017 sebagai sebuah usaha sama antara AirAsia Bhd dan S.A.T.S Ltd dari Singapura bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan pengendalian darat.
Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran, Loke memberitahu inovasi yang dibuat GTR akan menyumbang kepada aliran kerja yang berkesan yang seterusnya memanfaatkan penumpang dengan menyediakan satu pengalaman perjalanan yang lancar.
"Saya sentiasa menekankan keperluan bagi memperbaiki lagi kecekapan operasi dan tahap perkhidmatan lapangan terbang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 12 2018

Anthony Loke mendengar taklimat mengenai Ground Team RED yang disampaikan oleh seorang kakitangan di KLIA2, Sepang, 12 Nov, 2018. --fotoBERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.