FIRMA Amerika Syarikat (AS) yakin dengan prospek pertumbuhan dan peluang pelaburan di ASEAN memandangkan perniagaan menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan domestik, demikian menurut satu kajian.
Kajian Prospek Perniagaan ASEAN 2018 yang merupakan edisi khas sempena ulang tahun ke-50 ASEAN itu mendapati 56 peratus eksekutif kanan syarikat AS yang berpangkalan di rantau ini menjangkakan keuntungan syarikat meningkat pada 2017 berbanding tahun lepas, manakala 74 peratus turut mengunjurkan keuntungan lebih tinggi pada 2018.
Selain itu, 58 peratus syarikat berpendapat bahawa pasaran ASEAN telah menjadi semakin penting untuk keuntungan global syarikat mereka sejak dua tahun lepas, manakala 62 peratus juga berkata jumlah perdagangan dan pelaburan mereka di ASEAN meningkat sepanjang tempoh itu.
"Bagi tempoh lima tahun akan datang, 80 peratus (daripada mereka) menjangkakan paras perdagangan dan pelaburan mereka di ASEAN akan meningkat," menurut kajian yang dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM), Dewan Perniagaan AS dan Dewan Perniagaan Amerika di Singapura.
Mengulas mengenai kajian itu, Pengarah Eksekutif AMCHAM Malaysia, Siobhan Das berkata Malaysia terus menjadi rakan dagang AS penting dan berperanan bukan sahaja sebagai destinasi utama AS, malah sebagai bahagian penting daripada banyak rantaian bekalan dunia.
"Kepentingan kepelbagaian adalah amat diperlukan, ia merupakan faktor mengapa sejak sekian lama Malaysia menjadi destinasi pilihan selain terus menjadi lokasi utama dan strategik untuk banyak syarikat multinasional AS yang ingin menjalin kerjasama dengan populasi rantau ini." katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan bagi Asia, Dewan Perniagaan AS, Tami Overby berkata jika dasar AS tidak menyokong kerjasama erat yang dijalinkan syarikat AS, khususnya pengeksport kecil dan sederhana, di Asia, mereka akan ketinggalan.
"Jika mahu menyokong pertumbuhan ekonomi AS, kami perlu mewujudkan beberapa janji niaga perdagangan baharu di Asia, bukannya menarik diri daripada mereka," katanya.
Kajian tersebut menekankan bahawa dasar perlindungan dan ketegangan serantau yang semakin meningkat merupakan antara cabaran kepada pertumbuhan ekonomi ASEAN.
"Dalam kajian sebelum ini, para eksekutif berpendapat bahawa Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan menjadikan rantau ini lebih menarik untuk pelaburan.
"Tahun ini, responden mengesyorkan beberapa aspek keutamaan untuk ASEAN tangani dalam konteks AEC, termasuk rasuah, halangan bukan tarif, ketelusan dan tadbir urus yang baik," menurut kajian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2017
58 peratus syarikat berpendapat bahawa pasaran ASEAN telah menjadi semakin penting untuk keuntungan global syarikat mereka sejak dua tahun lepas.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.