GEORGE TOWN: Meskipun kelembapan ekonomi global akibat daripada pandemik, eksport Pulau Pinang meningkat sebanyak 13 peratus kepada RM256 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, tahun lepas, eksport Pulau Pinang melonjak ke paras tertinggi kepada RM310 bilion yang mana 82 peratus daripadanya disumbang oleh sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan profesional, saintik dan instrumen pengawalan termasuk peralatan perubatan.
"Pulau Pinang merupakan pusat operasi pembuatan paling penting bagi produk E&E di Malaysia dan menyumbang kira-kira lima peratus daripada eksport semikonduktor global.
"Sementara itu, Pulau Pinang juga memperoleh RM14 bilion daripada pelaburan pembuatan dilulus pada 2020," katanya dalam ucapan beliau semasa majlis pengumuman pelaburan di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang hari ini.
Dikenali sebagai Lembah Silikon Timur, beliau berkata ekosistem perindustrian Pulau Pinang yang kukuh serta persekitaran perniagaan yang kondusif dicerminkan menerusi minat berterusan daripada syarikat -- tempatan dan juga asing -- untuk mempelbagaikan operasi mereka ke negeri ini.
"Kerajaan negeri juga menyaksikan peningkatan trend syarikat tempatan yang menggerakkan rantaian nilai dengan penawaran tokokan nilai tinggi dan penerimagunaan teknologi tahap tinggi," katanya.
Chow berkata kerajaan negeri akan terus menerajui pembangunan ekosistem mampan termasuk prasarana fizikal dan digital, kelestarian alam sekitar dan kebolehdiaman di Pulau Pinang.
Sementara itu, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), pelaburan langsung domestik (DDI) Pulau Pinang meningkat dengan ketara, melonjak 92 peratus tahun ke tahun kepada RM3.6 bilion pada 2020 -- 64 peratus lebih tinggi berbanding purata 10 tahun sebanyak RM2.2 bilion dari 2011 hingga 2020.
Momentum itu berterusan pada separuh pertama 2021 dengan Pulau Pinang mencatatkan DDI sebanyak RM700 juta bersamaan dengan 54 peratus daripada jumlah pelaburan pembuatan negeri yang diluluskan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021

Chow berkata kerajaan negeri akan terus menerajui pembangunan ekosistem mampan termasuk prasarana fizikal dan digital, kelestarian alam sekitar dan kebolehdiaman di Pulau Pinang. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.