KUALA LUMPUR: Pasaran eksport global dijangka meningkat hampir 2 kali ganda kepada AS$29.7 trilion daripada AS$17.4 trilion dalam tempoh 10 tahun akan datang, menurut laporan Standard Chartered bertajuk 'Future of Trade 2030: Trends and markets to watch'.
Laporan itu turut menunjukkan Malaysia akan menjadi pemacu utama pertumbuhan dagangan global ini dengan eksport negara dijangka berkembang pada kadar purata tahunan lebih daripada 8 peratus kepada AS$498 bilion menjelang 2030.
Malah, kajian itu mendapati 43 peratus daripada korporat global ketika ini sedang atau merancang untuk mendapatkan sumber dari Malaysia dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang, sekali gus membuktikan negara akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan perdagangan global.
Terdapat 3 sektor utama yang akan menjadi pemacu eksport negara pada 2030 iaitu mesin dan elektrikal, logam dan mineral serta pertanian dan makanan.
Pada masa sama, China dan Singapura akan terus menjadi koridor eksport terbesar bagi Malaysia, masing-masing merangkumi 19 peratus dan 17 peratus daripada jumlah eksport pada 2030, manakala India pula muncul koridor eksport paling pantas berkembang dengan purata pertumbuhan tahunan pada 11.8 peratus dalam tempoh berkenaan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Abrar A. Anwar berkata, hubungan dagangan merupakan enjin utama yang penting untuk menggalakkan perkembangan ekonomi dan pengembangan syarikat Malaysia di persada antarabangsa.
Katanya, selain memperluaskan laluan perdagangan antara wilayah, koridor masa depan masih akan merentasi benua.
"Oleh itu, kami sentiasa bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk memberi fokus menjadikan globalisasi berfungsi untuk perniagaan Malaysia, daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada syarikat multinasional, dan memacu model yang lebih mampan dan inklusif untuk perdagangan global.
"Ini termasuklah mengembangkan rangkaian penyelesaian kewangan mampan kami untuk membantu pelanggan kami melaksanakan amalan perdagangan yang mampan dan adil merentasi rantaian bekalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Kajian tersebut turut mendapati wujudnya trend yang ketara antara amalan perdagangan mampan sebagai tindak balas kepada kebimbangan iklim dan meningkatnya kesedaran kepenggunaan.
Meskipun hampir 90 peratus pemimpin korporat menyedari keperluan menerapkan amalan ini dalam rangkaian bekalan mereka, tetapi hanya 34 peratus meletakkan ia sebagai 3 keutamaan penting untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang.
Standard Chartered, selaras dengan komitmennya untuk membantu menjadikan perdagangan global lebih mampan dan memacu peralihan kepada sifar bersih, melancarkan cadangan Pembiayaan Perdagangan Mampan untuk membolehkan syarikat membina rantaian bekalan yang lebih mampan dan berdaya tahan.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Dec 08 2021
Kajian itu mendapati 43 peratus daripada korporat global ketika ini sedang atau merancang untuk mendapatkan sumber dari Malaysia. - Foto DagangNews.com
Elon Musk sokong parti AFD di Jerman
Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AFD dapat menyelamatkan Jerman".
Israel tahan 240 warga Palestin selepas serbuan di hospital
Israel menahan lebih 240 warga Palestin, termasuk puluhan petugas perubatan, selepas serbuan di Hospital Kamal Adwan.
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
Peraturan baharu ini menetapkan penyambung USB-C yang digunakan oleh peranti berasaskan android sebagai piawaian di EU.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Kira-kira 473 juta kanak-kanak, atau lebih daripada satu dalam enam kanak-kanak, dianggarkan tinggal di kawasan konflik di seluruh dunia.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan sejarah untuk alam sekitar, tetapi bukan dalam situasi yang positif.
Angka korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Peningkatan jumlah korban ini berlaku selepas 48 rakyat Palestin lagi terbunuh dalam tempoh 24 jam terakhir akibat serangan udara Israel.
Perdasama terus mainkan peranan majukan usahawan Bumiputera
Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) akan terus memainkan peranan sebagai pelengkap dan jambatan penghubung antara kerajaan dan usahawan bumiputera.
Pemeriksaan mengejut timbangan sawit mulai 2025, lindungi pekebun kecil - Johari
Johari berkata ini juga sejajar dengan usaha menangani isu berkaitan aduan pekebun kecil mengenai wujudnya perbuatan memanipulasi timbangan.
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Innovathon musim ke-2: 'Puncture Proof Self Healing Tyre' juara minggu keempat
Inovasi tersebut menghasilkan tayar motorsikal yang kalis pancit dan tidak bocor sekiranya tertusuk benda tajam seperti paku atau jalan berlubang.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.