Ringkasan AI
- Ekonomi Malaysia berkembang dengan baik dan ringgit semakin kukuh, disokong oleh pelaburan positif.
- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh 4.2% pada suku pertama dan 5.9% pada suku kedua tahun ini.
- Inflasi mereda dan kadar pengangguran kini berada pada 3.3%, mencerminkan perkembangan positif ekonomi.
Beliau berkata banyak inisiatif yang telah dilaksanakan menerusi rangka kerja Ekonomi MADANI menunjukkan perkembangan yang baik, sekali gus menambah keyakinan pelabur.
"Kita melihat lonjakan dalam pelaburan, ekonomi semakin berkembang, banyak pelabur positif kepada Malaysia, (dan ini memberi) perkembangan baik kepada ringgit.
"Keluaran Dalam Negara Kasar pula tumbuh 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini, dan 5.9 peratus pada suku kedua," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pulau Tuba yang merupakan Kampung Angkat MADANI dekat sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kadar inflasi yang semakin mereda dan kadar pengangguran berada pada 3.3 peratus pada masa kini, turut mencerminkan perkembangan yang positif.
Sementara itu, mengenai Belanjawan 2025, Amir Hamzah berkata kerajaan akan terus memfokuskan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara menerusi pelbagai program Ekonomi MADANI.
"Kerajaan mahu kurangkan jurang sosial dan memberi lebih banyak pulangan (manfaat) kepada rakyat," katanya.
Pulau Tuba adalah satu daripada tiga Kampung Angkat MADANI Kementerian Kewangan selain Kampung Batu 13 di Terengganu dan Rumah Panjang - Rumah Entebang Anak Melayang Nanga Belaie, Skrang di Sarawak.
Kampung Angkat MADANI merupakan inisiatif kerajaan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 bertujuan antaranya untuk mencari kaedah terbaik dalam memudah cara dan mempercepat pelaksanaan projek kecil di kampung, di samping merapatkan jurang kemudahan asas dan bandar.
-- BERNAMA