SUATU hari pada Disember 2016, saya berada di hab teknologi Manila, Bonifacio Global City bersama-sama tenaga kerja KRA.
Kami makan tengah hari di Wildfour, sebuah kafe bergaya, sebelum menghadiri sebuah mesyuarat.
Seorang daripada kami yang baru menukar duit di pengurup wang datang dengan muka yang kelat dan berkata: “Ringgit jatuh 10 peratus berbanding peso.”
Seorang yang lain menjawab: “Ya, ringgit pun jatuh berbanding rupiah."
“... dan dong!”
Kami terdiam sambil menelan berita itu.
“Aduh, ini waktu yang sukar. Semua orang merungut di KL.”
Lajak ke Hari Raya Aidilfitri 2017, perayaan yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan, kedudukan kewangan itu sudah berubah.
Ringgit sudah jadi antara mata wang yang mengalami peningkatan paling ketara di rantau ini, betul-betul 20 tahun selepas krisis mata wang Asia.
Lagi pula, untuk kali pertama dalam masa beberapa tahun, saya di Kuala Lumpur untuk beraya.
Hari raya juga, tanpa perlu dipertikaikan lagi, adalah masa untuk bermuhasabah.
Hari raya tahun ini terasa suram.
Rakyat Malaysia bergelut dengan masalah kenaikan harga barang, cukai baharu, ekonomi yang semput dan skandal-skandal yang tidak selesai.
Bagi saya, duduk sementara di sebuah rumah tidak jauh dari kediaman tempat saya membesar, di atas sebuah bukit yang dapat melihat kota raya, timbul perasaan seolah-olah lengkaplah sudah sebuah kitaran — mengembara ke serata tempat tapi seperti tidak ke mana-mana.
Saya dihantui oleh perasaan deja vu, bahawa sejarah — setidak-tidaknya sejarah peribadi — berulang lagi.
Saya pernah mengkagumi Thomas Friedman dan Francis Fukuyama, penulis dan sejarawan yang melaung-laungkan kemunculan sistem negara demokratik liberal yang tidak dapat ditahan-tahan lagi, yang memeluk konsep toleransi, globalisasi dan teknologi. Buku-buku itu kini mengumpul habuk.
Saya sebaliknya menghabiskan masa terluang melihat tupai bergayutan dan burung bertenggek di pokok-pokok di sekeliling rumah, serta monyet-monyet yang bergayutan.
Hidupan liar ini sekali lagi mengingatkan saya tentang masa silam.
Sememangnya, kehidupan awam di Malaysia tidak banyak berubah.
Lebih 50 tahun lalu, seorang tokoh bernama Dr. Mahathir Mohamad menyerang kelompok elit — menuduh mereka rasuah dan salah tadbir.
Dua puluh tahun yang lalu, beliau melawan pasaran kewangan dunia dan timbalannya yang bercita-cita besar.
Hari ini, beliau masih di pentas politik nasional, melupakan tempoh 23 tahun beliau jadi perdana menteri dan melemahkan institusi negara — daripada Parlimen sampailah kepada badan kehakiman dan polis.
Dan mood di KL pula?
Meski pun ada laluan MRT yang baharu dibina (dengan stesen yang terletak entah di ceruk mana), pencakar langit yang dinamik dan jalan tol bertambah, mood di dalam negara terasa merengus dengan kebanyakan orang merungut tentang kenaikan harga makanan.
Juadah raya — hidangan tradisi rendang, lemang dan lain-lainnya — tampak lebih sederhana biarpun kemurahan hati dan keramahan rakyat Malaysia kekal utuh.
Semuanya rasa mencekik, kurang bersemangat.
Tidak hanya dakwaan-dakwaan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan nasib politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bermain dalam fikiran rakyat.
Ada keluh-kesah dan tuduh-menuduh apabila perbualan beralih kepada soal mata wang ringgit.
Apabila saya mencelah dan berkata “tetapi nilai ringgit sudah meningkat dan keadaan nampak bertambah baik”, komen saya tidak diendahkan. Ini menyedarkan saya bahawa penyusutan nilai mata wang pada peringkat awal itu memberikan kesan yang besar.
Tidak ada orang perasan akan peningkatannya selepas itu.
Sememangnya, harga barang yang naik akibat kemerosotan nilai ringgit tidak diselaraskan semula.
Seolah-olahnya rakyat enggan melihat sudut yang positif — satu rumusan negatif telah memerangkap mood negara, dikukuhkan pula dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi apabila seorang anak muda lelaki dibelasah mati kerana dakwaan jenayah atau berwatak lembut.
Saya mahu mengatakan bahawa semuanya berjalan lancar pada tahun-tahun 1980-an ketika saya mula bekerja.
Tetapi tidak.
Tahun-tahun 1980-an bukanlah satu era keemasan. Sebaliknya, ia zaman yang penuh dengan harapan.
Wartawan-wartawan bekerja dalam sekatan yang ketat. Mereka jadi saksi kepada korupsi dan salah guna kuasa. Mereka tidak boleh menulis tentang hal-hal tertentu manakala kelompok elit hidup dengan keistimewaan dan terasing.
Biarpun begitu, semua orang teruja dengan kemungkinan yang dijanjikan oleh masa depan.
Kumpulan kelas menengah berpuas hati dengan tukar ganti yang berlaku: segala-galanya berkembang dengan pesat di dalam negara sehinggakan sekatan ke atas kebebasan individu dan politik jadi taruhan yang murah untuk kemakmuran.
Saya tidak fikir pada hari ini orang berkongsi pandangan yang sama seperti itu.
Di mana silapnya?
Rakyat Malaysia sedang berdepan dengan defisit keyakinan.
Pada masa lalu, kita merasakan segala-galanya akan dan boleh jadi lebih baik.
Hari ini, kita tahu itu tidak mungkin berlaku.
Inilah perbezaannya. Optimisme itu sudah hilang.
Malaysia selama ini sebuah negara masa depan yang menawarkan kemakmurannya dan sumber alam yang mewah kepada rakyatnya.
Tetapi sekarang, masa depan itu sudah lenyap.
Kebanyakan rakyat Malaysia bingung dengan apa yang sudah jadi.
Harapan kita sangat besar tetapi pada setiap ruang, tetap juga kita berdepan dengan kekecewaan.
Memang benar bahawa kita lebih berpendidikan, hidup lebih lama dan lebih makmur berbanding generasi-generasi sebelumnya.
Tetapi itu cerita lama: negara-negara jiran sudah memintas kita.
Peluang pekerjaan terhad dan kita tidak menghasilkan tenaga kerja muda yang boleh bersaing di peringkat serantau apatah lagi di peringkat global.
Golongan belia sedang mengharungi beban hutang sepanjang hidup dan masa depan yang kelam.
Kita dikelilingi oleh para pemimpin yang terburu-buru, gopoh, tidak bertamadun dan tidak jujur.
Politik kita seolah-olah berada dalam putaran yang tiada hentinya dengan nama-nama yang sama dan isu-isu yang serupa.
Ada rasa kurang sabar dan kecewa terhadap demokrasi yang ada biarpun demokrasi itu terbatas dan sedang tumbuh.
Apa sudah jadi dengan kita?
Pertumbuhan ekonomi tidak menjadikan kita lebih setara atau lebih gembira.
Keajaiban telefon pintar dan media sosial tidak menjadikan kita lebih saling berhubung dan bertolak ansur.
Malah, kita tampaknya sudah hilang hala tuju dari segi naratif nasional yang sepatutnya menyatukan kita.
Merdeka, pembentukan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020.
Ini merupakan hal-hal yang boleh menyatukan masyarakat kita yang majmuk. Pemimpin kita tidak menyediakan penggantinya untuk masa akan datang.
Saya pasti angka-angka boleh ditunjukkan untuk mengatakan bahawa keadaan sebenarnya adalah lebih baik daripada zahir.
Tetapi keadaan lebih baik itu tidak dirasai dan pada akhirnya, itulah yang lebih penting.
Seseorang tidak boleh mentadbir tanpa mengambil kira sentimen, seperti yang dipelajari oleh kelompok liberal di negara-negara Barat pada tahun lalu.
Kita seolah-olahnya sudah sesat jalan.
Kita sudah mempersia-siakan bertahun-tahun pertumbuhan yang mudah.
Peringkat seterusnya, dengan penekanan kepada inovasi dan kreativiti, akan jadi lebih sulit untuk dicapai.
Untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, kita harus menghargai pendidikan, pengetahuan dan profesionalisme — hal-hal yang sudah kita campakkan ke tepi sejak sekian lama dulu.
Jadi, sambil menikmati rendang dan lemang, saya akan terus memerhatikan burung-burung dan merenung apakah masih ada ruang untuk berharap.
Karim Raslan
Thu Jul 06 2017
Rumah penulis semasa kecil dan membesar, di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. - Foto Karim Raslan
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal
Pemandangan ketika Taal meletup dan imej-imej semarak debu yang besar dan menakutkan naik ke arah langit diiringi dengan kilatan guruh dan petir yang disebarkan ke seluruh dunia oleh media sosial.
Ceritalah: Tuntutan China atas Laut China Selatan - ASEAN harus bersatu
Pada tahun 2016, pemimpin-pemimpin dunia memandang Beijing dan beliau sebagai suatu hab alternatif - bagi suatu pendekatan terhadap ekonomi dan politik global yang berprinsip dan seimbang.
Ceritalah ASEAN - Joko Anwar: Cemerlang atas usaha sendiri
Tarikannya dan citra jenakanya menyembunyikan suatu minda yang amat bekerja keras dan berfokus.
Ceritalah - Perang dadah Duterte: Rakyat suram sambut Krismas
Kerana enggan kekal diam dan menerima takdir berdarah anaknya, Normita terpaksa meninggalkan rumahnya dan sekarang tinggal bersama seorang sanak saudaranya di bahagian lain bandar itu.
Ceritalah ASEAN - Aung San Suu Kyi: Lannister atau Stark?
Aung San Suu Kyi dari Myanmar - anak seorang jeneral, mengetuai sebuah negara amat rapuh telah menjadi musuh Tatmadaw (tentera) untuk menjadi apologis atau, lebih teruk lagi, pemudah mereka.
Ceritalah ASEAN - Plastik: Patut dikekalkan atau dihapuskan?
Gabungan pendapatan dari 50 firma petrokimia teratas dalam tahun 2018 adalah ASD926.8 bilion, jauh melebihi industri penapisan berjumlah ASD400 bilion.
Ceritalah Indonesia - Jawa: Mengenai bahasa dan perpaduan
Secara berasingan, kesemua tujuh presiden Indonesia mempunyai darah Jawa - termasuk BJ Habibie kelahiran Sulawesi yang baru meninggal. BJ Habibie adalah separuh Jawa.
Ceritalah - Enam hari di laut: Suatu pelayaran di atas Nggapulu
Dari saat para penumpang menaiki feri lapan tingkat itu, Nggapulu menjadi suatu mikrokosmo republik itu sendiri.
Ceritalah Indonesia - Anak muda memberontak: Apa mereka mahu?
Antara 23 dan 30 September, Hamzah adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang membuat bantahan di luar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menghidupkan semula ingatan pada waktu Reformasi.
Ceritalah: Gelombang kemasukan pelancong India ke Asia Tenggara
Sementara ekonomi India mungkin menghadapi kemerosotannya sendiri, pelancong dari gergasi Asia Selatan itu menjadi kuasa yang semakin perlu diiktiraf di rantau Asia Tenggara.