Cadangan berhubung kadar baharu tol lebuh raya PLUS Malaysia Bhd akan dikemukakan pada Jun, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group Bhd, Datuk Izzaddin Idris.
PLUS, cabang lebuh raya Kumpulan UEM, mempunyai lima konsesi lebuh raya iaitu Lebuhraya PLUS (Lebuhraya Utara-Selatan), yang terdiri dari Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban Port-Dickson; juga Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.
"Perbincangan sedang dijalankan di antara kami dengan Kementerian Kerja Raya yang mesti dimuktamadkan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar pada sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan UEM di sini, hari ini.
Mengikut perjanjian konsesi itu, PLUS akan mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun bagi sepanjang tempoh konsesi yang berakhir Disember 2038.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai keputusan tender untuk Lebuhraya Pan Borneo, beliau berkata, pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.
Kumpulan UEM bekerjasama dengan MMC Corp dan sebuah syarikat Sabah dalam mengemukakan tender untuk komponen Sabah projek berkenaan.
Astro Awani
Thu Mar 10 2016

Mengikut perjanjian konsesi, PLUS akan mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun bagi sepanjang tempoh konsesi yang berakhir Disember 2038. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Izzaddin Idris letak jawatan sebagai Presiden, CEO Axiata
Axiata Group Bhd hari ini mengumumkan Datuk Izzaddin Idris akan meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa pada 31 Mei 2022.

Saham Axiata meningkat susulan pelan penggabungan kekal berjalan lancar
Pada 9.39 pagi, saham itu naik 4.0 sen kepada RM3.96 dengan 440,000 saham bertukar tangan.

Axiata yakin cadangan penggabungan Celcom-Digi akan diluluskan
Axiata Group Bhd dan Telenor Asia, syarikat induk Digi.com Bhd, "cukup yakin" cadangan penggabungan antara Celcom Axiata Bhd and Digi akan mendapat kelulusan.

Sah! Celcom, Digi bakal bergabung
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Izzaddin Idris berkata gabungan itu akan dinamakan Celcom Digi Bhd.

Izzadin ganti Jamaludin terajui Axiata, menjelang akhir 2020
Kontrak Jamaludin sepatutnya berakhir pada 2 Mac 2020.

Kerajaan tidak mahu PLUS jadi seperti Perwaja - Johari
Tawaran itu juga perlu mengambil kira kemampuan dan bagaimana cara syarikat swasta terbabit untuk menjana dana membiayai kos pengambilalihan tersebut.

Cadangan kadar tol lebuh raya PLUS akan dikemukakan Jun, kata UEM
Perbincangan sedang dijalankan di antara UEM dengan Kementerian Kerja Raya yang mesti dimuktamadkan sebelum Jun.