Kerajaan mahu sebarang tawaran daripada syarikat swasta untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS) perlu dikemukakan secara paktikal dan dikaji dengan teliti supaya tidak wujud masalah penswastaan seperti yang terjadi kepada Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja).
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata tawaran itu juga perlu mengambil kira kemampuan dan bagaimana cara syarikat swasta terbabit untuk menjana dana membiayai kos pengambilalihan tersebut.
"Kami mengalu-alukan semua cadangan, tetapi semuanya perlu praktikal supaya tidak wujud situasi seperti Perwaja yang dahulu diberi privatisation (penswastaan) akhirnya tutup dan tidak beroperasi lagi. Kita berdepan dengan banyak masalah ketika itu.
"Soal pembiayaan, kita mahu tahu dari mana sumbernya. Kalau boleh, mereka perlu bentangkan perkara ini kepada pihak UEM (Group Bhd) dan kerajaan supaya kita boleh tengok dari mana datangnya pinjaman ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen kesihatan UEM Group Bhd, di sini, hari ini.
Johari berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk membeli keseluruhan aset dan liabiliti PLUS Malaysia daripada UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan harga RM36 bilion.
UEM Group memiliki 51 peratus kepentingan PLUS manakala KWSP memegang baki 49 peratus.
Beliau menegaskan tawaran pengambilalihan tidak boleh dilihat semata-mata kepada komitmen syarikat untuk tidak menaikkan kadar tol lebuh raya dan juga jumlah kos penyelenggaran yang jauh lebih rendah.
"Dari segi peningkatan (kadar) tol, setakat ini saya tidak nampak lagi mana-mana syarikat konsesi boleh benar-benar meminta tidak mahu naikkan tol.
"Saya cadangkan dulu, (mereka) tulis surat kepada kerajaan mengatakan tidak mahu naikkan kadar tol di semua tol di lebuh raya yang mereka kuasai. Setakat ini, (saya lihat) semua pengendali tol naikkan harga, jadi saya mahu tahu mengapa (mereka komited untuk mengekalkan kadar)," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UEM Group Datuk Izzaddin Idris sekali lagi menegaskan kumpulan itu tidak pernah berhasrat untuk 'melepaskan' PLUS kepada mana-mana syarikat lain sehingga tamat konsesi pada 31 Disember 2038.
"Tak pernah timbul langsung perancangan itu (walau) kepada sesiapa pun. Kerana pada kami, ini (PLUS) adalah aset yang strategik bagi kerajaan," katanya.
Izzaddin yang menyangkal tuduhan bahawa PLUS mengeluarkan kos penyenggaraan yang lebih tinggi berkata semua kerja-kerja yang dilaksanakan menepati syarat dan standard yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Ditanya mengenai mengapa PLUS tidak memanfaatkan nilai hartanah di sekitar jajaran lebuh raya itu, beliau berkata konsesi yang diberi kepada pihak PLUS hanya membolehkan pengendali lebuh raya itu membangunkan tanah tersebut untuk kemudahan pengguna lebuh raya.
"Ini bermaksud pihak PLUS tidak boleh membangunkan (apa-apa jua projek lain seperti membina) kondominium dan sebagainya. Kami perlu mengikut apa yang telah ditetapkan oleh LLM," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2017
Johari menegaskan tawaran pengambilalihan tidak boleh dilihat semata-mata kepada komitmen syarikat untuk tidak menaikkan kadar tol lebuh raya dan juga jumlah kos penyelenggaran yang jauh lebih rendah. - Gambar hiasan
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Syarikat penerbangan Sarawak dijangka beroperasi pada 2025 - Abang Johari
Pada masa ini, proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan negeri itu sedang berlangsung.
Sarawak sasar ambil alih satu lagi entiti untuk rancakkan sektor keusahawanan
Pengambilalihan itu akan diumum dalam tempoh sebulan dua ini dan ia merupakan satu daripada tiga entiti utama yang akan menjadi milik penuh negeri tahun ini.
Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings
Kerajaan negeri Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.
Sentral Reit ambil alih Menara CelcomDigi pada harga RM450 juta
Ia dijangka mengembangkan saiz asetnya sebanyak 21 peratus daripada RM2.15 bilion setakat 31 Dis 2022, kepada kira-kira RM2.60 bilion.
Erfan Gym & Fitness serius ambil alih Kelantan FC
Keputusan itu dibuat untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan yang pernah dikecapi oleh Kelantan FC pada 2012 dan 2013 lalu.
LTAT ambil alih pegangan saham Boustead Holdings Berhad
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pengambilalihan syarikat Boustead Holdings Berhad (BHB) dengan pegangan saham berjumlah kira-kira 97.63 peratus.
Kapal LCS: Kerajaan tiada pilihan selain ambil alih BNS - Anwar
Kerajaan tiada pilihan selain mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Ingenieur Gudang ambil alih Pandan Safari berharga RM9.07 juta
Ruang penyimpanan dan gudang yang terletak secara strategik adalah penting untuk perkhidmatan logistik yang cekap.
Tata Group 'ambil semula' syarikat Air India daripada kerajaan India
Berikutan pengambilalihan itu, Air India Limited dan kepentingannya dalam AI SATS menjadi sebahagian Kumpulan Tata.
KPM ambil alih operasi sekolah menengah agama di Labuan
Operasi sebuah sekolah menengah agama di sini yang dikendalikan MAIWP selama sedekad, akan diambil alih secara rasmi oleh KPM menerusi Jabatan Pendidikan Labuan mulai Januari tahun depan.