KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada Isnin untuk diniagakan tinggi pada sesi awal hari ini, didorong oleh belian yang berterusan di kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan yang terpilih serta perkhidmatan kewangan, dalam persekitaran prospek berhati-hati dalam pasaran serantau, kata peniaga.
Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.04 mata kepada 1,503.77 daripada 1,496.73 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks dibuka tinggi 2.70 mata kepada 1,499.43.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 291 berbanding 201, manakala 312 kaunter tidak berubah, 1,400 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 435.36 juta unit bernilai RM211.78 juta.
Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata indeks utama dijangka terus diniagakan tidak banyak berubah dengan paras halangan pada 1,500-1,520 dan paras sokongan pada 1,450-1,480.
"Pelabur dijangka terus optimis terhadap sektor yang mencatatkan pemulihan seperti saham pengguna dan bahan binaan berikutan kadar vaksinasi yang lebih tinggi dan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat yang menjadi tumpuan. Selain itu, sektor teknologi masih mendapat perhatian dengan jangkaan positif untuk musim pelaporan pendapatan pada Ogos," katanya.
Bagaimanapun, katanya walaupun terdapat trend meningkat di Wall Street, COVID-19 dan perkembangan politik semasa di Malaysia dijangka terus mendorong minat belian di bursa tempatan.
Firma penyelidikan itu berkata FBM KLCI mencatatkan kenaikan pada Isnin sebelum cuti umum dengan jumlah dagangan yang rendah.
"FBM KLCI dan pasaran lebih luas tinggi pada Isnin kebanyakannya didorong oleh kenaikan dalam sektor berkaitan pengguna serta pengangkutan dan logistik selepas pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk individu yang mendapat vaksinasi sepenuhnya," katanya.
Pasaran tempatan turut memberi reaksi yang baik terhadap Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia yang lebih baik daripada jangkaan yang meningkat 1.4 peratus tahun ke tahun pada Jun.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing menambah 4.0 sen kepada RM8.04 dan RM8.04, Public Bank dan TNB, masing-masing naik 2.0 sen kepada RM3.98 dan 9.70 manakala IHH Healthcare merosot 1.0 sen kepada RM5.78.
Daripada saham aktif, TA Win naik 1.5 sen kepada 18.5 sen, TFP Solutions dan Scope Industries, masing-masing meningkat 1.0 sen kepada 20.5 dan 28.5 sen manakala Tanco tidak berubah pada 21.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 44.73 mata kepada 11,043.07, FBM ACE meningkat 71.26 mata kepada 7,265.47, FBM 70 menokok 52.10 mata kepada 14,647.04, Indeks FBM Emas Shariah menambah 36.59 mata kepada 12,108.78 dan Indeks FBMT 100 naik 47.20 mata kepada 10,754.34.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 71.33 mata kepada 14,798.26, Indeks Perladangan naik 23.89 mata kepada 6,125.23 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.43 mata kepada 190.75.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.04 mata kepada 1,503.77 daripada 1,496.73 semasa ditutup pada Isnin. -Gambar fail
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan sokongan belian asing yang berterusan, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.94 mata kepada 1,620.0 daripada 1,619.06 pada Jumaat lepas.
Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia
Hanya 18 peratus daripada jumlah syarikat dalam 13 sektor ekonomi termasuk yang berada di Pasaran ACE diberi markah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh empat agensi penarafan.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan dalam kaunter teknologi dan utiliti terpilih susulan kenaikan sederhana tiga hari berturut-turut pada minggu ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur
Bursa Malaysia rendah semasa awal dagangan pada Jumaat, berikutan prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak kenaikan di Wall Street
Pada 9.24 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 6.90 mata kepada 1,625.28 daripada paras penutup semalam pada 1,618.38.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,614.33 daripada 1,614.42 semalam.