KUALA LUMPUR: Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus pada mesyuarat dasar monetari yang akan datang pada 9 Mei ini.
Menurut firma penyelidikan itu, pihaknya akan memantau sebarang perubahan terhadap prospek inflasi oleh bank pusat untuk menilai kemungkinan kenaikan pada akhir 2024.
"Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama berdaya tahan pada 3.9 peratus tahun ke tahun tetapi lebih rendah daripada yang kami jangkakan pada akhir 2023.
"Inflasi kekal rendah sehingga Mac, walaupun peningkatan dua mata peratusan untuk cukai perkhidmatan, menunjukkan kenaikan yang terhad; ini mencerminkan inflasi teras yang rendah," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Bagaimanapun, katanya perkembangan terkini, mungkin telah meningkatkan kemungkinan kenaikan pada akhir 2024.
"Pertama, penstrukturan semula akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - yang boleh membawa kepada anggaran pengeluaran RM25 bilion (kira-kira 1.3 peratus daripada KDNK) - dijangka akan meningkatkan inflasi yang didorong oleh permintaan.
"Kedua, gaji perkhidmatan awam mungkin dinaikkan lebih 13 peratus mulai Disember dan ketiga, rasionalisasi subsidi bahan api yang mungkin dilaksanakan pada 2025 atau lebih awal, menambah risiko kenaikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
BNM dijangka mengekalkan OPR pada tiga peratus pada mesyuarat dasar monetari yang akan datang pada 9 Mei ini. - Gambar fail
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiga prinsip asas pacu peranan kewangan Islam lonjak ekonomi - BNM
Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global.
Saham perladangan, pembinaan pacu Bursa Malaysia ditutup meningkat
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM30.49 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.53 bilion dalam dana Islam.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Penggabungan tiga bank utama masih dalam proses - PM Anwar
Itu antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau soal penggabungan.
Perbelanjaan isi rumah diunjur tumbuh lima peratus kepada RM952.6 bilion tahun depan - BMI
BMI, unit Fitch Solutions, mengunjurkan perbelanjaan isi rumah Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus tahun ke tahun pada 2025 kepada RM952.6 bilion.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Public Bank cadang ambil alih 44.15% saham LPI Capital bernilai RM1.72 bilion
Public Bank Berhad menandatangani perjanjian jual beli bersyarat bagi mengambilalih 44.15% saham dalam kepentingan ekuiti LPI Capital Bhd dengan pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion.
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.