KUCHING: Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang merangkumi pelbagai inisiatif termasuk pengecualian bayaran sewa kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) banyak membantu golongan itu mengharungi waktu sukar pandemik COVID-19.
Bagi peniaga di Kampung Boyan, Kuching, Muhamad Hidayat Ibrahim, 40, bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri itu bagai memberi 'nafas' di sebalik kebimbangan untuk meneruskan kesinambungan perniagaan ketika sektor ekonomi ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
Katanya, dahulu perniagaan aksesori telefon miliknya mempunyai pendapatan yang stabil dengan kedatangan pelancong di Kampung Boyan yang tidak putus-putus.
Namun, kini perniagaannya suram dan yang tinggal hanyalah tapak perniagaan.
Mengambil manfaat pengecualian bayaran sewa, kini Muhamad mengubah strategi perniagaan bertukar daripada usahawan telefon pintar kepada ais krim.
"Sebab utama saya mengubah perniagaan adalah jumlah pengunjung yang berkurangan.
"Perniagaan aksesori telefon mati tetapi tapak jualan saya masih ada disebabkan bantuan BKSS.
"Jadi saya memulakan perniagaan baru di sini untuk memastikan sumber pendapatan saya kembali,"katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Kongsinya lagi, kehilangan sumber pendapatan ketika PKP menyebabkan dia dan peniaga-peniaga yang lain berdepan dengan masalah tidak mampu membayar sewa gerai.
Senasib dengannya, usahawan kedai gunting rambut, Razaili Abdullah yang telah mula berniaga sejak 2014 di Kampung Boyan.
Jelasnya, tanpa bantuan penangguhan bayaran sewa tersebut, tidak mungkin kedainya masih beroperasi sehingga kini.
"Saya di sini menyewa dengan penyewa asal. Apabila ada bantuan penanguhan sewa, saya pun tidak perlu membayar sewa.
"Sekarang sudah hampir satu tahun saya tidak perlu membayar sewa," ujarnya.
Untuk rekod, melalui BKSS 1.0 hingga ke BKSS 7.0 pada 2020 dan 2021 kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan berjumlah RM5.3 bilion bagi membantu meringankan beban rakyat dan memulihkan semula ekonomi .
Bagi usahawan PKS yang tidak menyewa tapak perniagaan, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima manfaat daripada BKSS ini.
Sebanyak RM1,500 dibayar melalui Sarawak Pay nyata memberi kelegaan untuk mereka membuat modal pusingan.
"Saya gunakan bantuan tersebut untuk membeli kanopi, meja dan bahan-bahan untuk saya berniaga di depan rumah," jelas Nurul Izzati Shafiqa yang berniaga pelbagai air kopi di depan rumah.
Kata Nurul, bantuan RM1,500 itu digunakan untuk membeli mesin pengisar kopi.
"Dengan bantuan tersebut, saya dapat membeli mesin pengisar kopi. Saya kini boleh mempelbagaikan jualan dan menarik lebih ramai pelanggan," katanya.
Justeru mereka berharap bantuan seperti ini dapat diteruskan agar para usahawan dapat kembali menstabilkan ekonomi mereka seperti sedia kala.
Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan, kerajaan negeri akan memperuntukkan dana berjumlah RM285.47 juta selama enam bulan dan sekali bayar sepanjang tahun 2022 dibawah BKSS 8.0.
Afiezul Samit
Tue Jan 25 2022

Rata-rata peniaga ditemui memberitahu BKSS banyak membantu mereka mengharungi tempoh sukar ketika PKP. -Gambar Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sarawak lanjutkan diskaun bil elektrik menerusi BKSS selama enam bulan
Kerajaan Sarawak bersetuju untuk melanjutkan diskaun bil elektrik menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebanyak lima hingga 25 peratus selama enam bulan.

VOP 2.0 lonjakkan sektor pembinaan Sarawak - Fadillah
Pelaksanaan variasi harga (VOP) 2.0 menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 mampu melonjakkan kembali sektor pembinaan di negeri ini, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Premier Sarawak bakal umum bantuan BKSS 9.0 - Dr Sim
Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Jo dijangka lancar BKSS 8.0 berjumlah RM285 juta esok
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka melancarkan bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 yang dianggarkan bernilai lebih RM285 juta, esok (Jumaat).

BKSS bantu selamatkan perniagaan gulung tikar
Peniaga menyatakan hasrat untuk melihat bantuan ini diteruskan bagi membolehkan ekonomi mereka kembali stabil seperti sedia kala.

Sarawak tambah peruntukan RM15 juta untuk Program Bakul Makanan
Jumlah keseluruhan dana program di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 itu kini RM35.5 juta.

Malaysia Prihatin, Sarawak juga prihatin, kata Abang Johari
Sarawak bergerak seiring dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan dengan menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat sewaktu pandemik COVID-19

Raikan Hari Gawai secara sederhana, elak jangkitan COVID-19
Masyarakat Dayak yang bakal merayakan sambutan Hari Gawai diingatkan untuk mengamalkan konsep sederhana dan seadanya sepanjang meraikan sambutan pesta menuai itu.

Pertikai kemampuan biayai BKSS, ini bidasan padu Uggah buat Soon Koh
Uggah menyifatkan kenyataan Soon Koh mempertikaikan kewangan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai cubaan mengelirukan rakyat.

Sarawak tambah RM1.1 bilion pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2.0
Kerajaan Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) fasa dua bernilai RM1.1 bilion.