KUCHING: RM15 juta disediakan Kerajaan Sarawak sebagai peruntukan tambahan kepada dana RM20.5 juta Program Bakul Makanan di negeri itu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan dana program di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 itu kepada RM35.5 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata mesyuarat jawatankuasa tersebut memutuskan dana tersebut akan disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB).
Keputusan diambil bagi mengurangkan impak pelaksanaan PKP kepada rakyat apabila berlaku peningkatan jumlah penerima terutamanya golongan B40.
“Penerima bantuan makanan ini adalah terutamanya dari kumpulan B40. JPBB akan mengumpulkan senarai penerima bantuan makanan ini.
“JPBB akan menguruskan pengagihan bantuan makanan dengan bantuan Pusat Khidmat, agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, JPBB akan menentukan jenis makanan serta pembeliannya mengikut peruntukan yang diberikan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.
Awang Tengah turut menekankan proses pengedaran makanan tersebut akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa.
Fadilah Sulaiman
Fri Jun 04 2021
Program Bakul Makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bertujuan mengurangkan impak pelaksanaan PKP kepada rakyat terutamanya golongan B40. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Sarawak tambah peruntukan RM15 juta untuk Program Bakul Makanan
Jumlah keseluruhan dana program di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 itu kini RM35.5 juta.