KUCHING: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka melancarkan bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 yang dianggarkan bernilai lebih RM285 juta, esok (Jumaat).
Menurut Pejabat Ketua Menteri, pelancaran itu dijadualkan berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya di sini pada 9.30 pagi.
Pada Selasa, Abang Johari berkata pakej bantuan BKSS 8.0 akan membantu mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata bantuan khas bukan tunai itu akan meliputi enam bulan pertama tahun ini selain menyifatkan pakej bantuan BKSS sebagai antara yang terbesar disediakan oleh kerajaan negeri.
Dalam satu kenyataan untuk Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 pada Oktober tahun lepas, Abang Johari berkata pentadbirannya telah memutuskan untuk meneruskan beberapa inisiatif utama pakej terdahulu di bawah BKSS 8.0 untuk enam bulan pertama tahun ini, juga sebagai bantuan kewangan secara one-off.
Kerajaan GPS telah membelanjakan kira-kira RM5.3 bilion untuk pakej bantuan BKSS sejak Mac 2020 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan ekoran penularan COVID-19.
Pada 2020, BKSS 1.0 berjumlah RM1.15 bilion telah dilancarkan pada 23 Mac, diikuti BKSS 2.0 (RM1.1 bilion) pada 10 April, BKSS 3.0 (RM300 juta) pada 8 Mei, dan BKSS 4.0 (RM104 juta) pada 23 Oktober.
Tahun lepas, BKSS 5.0 (RM405 juta) dilancarkan pada 21 Jan, diikuti BKSS 6.0 (RM1.4 bilion) pada 28 Mei, dan BKSS 7.0 bernilai (RM800 juta) pada 4 Ogos.
Azizah Alwi
Thu Jan 27 2022

Kerajaan GPS telah membelanjakan kira-kira RM5.3 bilion untuk pakej bantuan BKSS sejak Mac 2020 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan bagi menghentikan penularan Covid-19.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sarawak lanjutkan diskaun bil elektrik menerusi BKSS selama enam bulan
Kerajaan Sarawak bersetuju untuk melanjutkan diskaun bil elektrik menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebanyak lima hingga 25 peratus selama enam bulan.

VOP 2.0 lonjakkan sektor pembinaan Sarawak - Fadillah
Pelaksanaan variasi harga (VOP) 2.0 menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 mampu melonjakkan kembali sektor pembinaan di negeri ini, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Premier Sarawak bakal umum bantuan BKSS 9.0 - Dr Sim
Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Jo dijangka lancar BKSS 8.0 berjumlah RM285 juta esok
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka melancarkan bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 yang dianggarkan bernilai lebih RM285 juta, esok (Jumaat).

BKSS bantu selamatkan perniagaan gulung tikar
Peniaga menyatakan hasrat untuk melihat bantuan ini diteruskan bagi membolehkan ekonomi mereka kembali stabil seperti sedia kala.

Sarawak tambah peruntukan RM15 juta untuk Program Bakul Makanan
Jumlah keseluruhan dana program di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 itu kini RM35.5 juta.

Malaysia Prihatin, Sarawak juga prihatin, kata Abang Johari
Sarawak bergerak seiring dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan dengan menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat sewaktu pandemik COVID-19

Raikan Hari Gawai secara sederhana, elak jangkitan COVID-19
Masyarakat Dayak yang bakal merayakan sambutan Hari Gawai diingatkan untuk mengamalkan konsep sederhana dan seadanya sepanjang meraikan sambutan pesta menuai itu.

Pertikai kemampuan biayai BKSS, ini bidasan padu Uggah buat Soon Koh
Uggah menyifatkan kenyataan Soon Koh mempertikaikan kewangan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai cubaan mengelirukan rakyat.

Sarawak tambah RM1.1 bilion pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2.0
Kerajaan Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) fasa dua bernilai RM1.1 bilion.