KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September, menurut MIDF Research.
Firma penyelidikan itu berkata permintaan domestik terus mengukuh apabila kadar inflasi teras kembali mencecah paras tertinggi baharu pada 4 peratus tahun ke tahun pada September 2022 manakala harga teras masih meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan.
Bagaimanapun, inflasi keseluruhan merosot kepada 4.5 peratus tahun ke tahun manakala inflasi bukan makanan dan inflasi makanan, masing-masing susut kepada 3.3 peratus dan 6.8 peratus.
MIDF Research menyaksikan tekanan inflasi di Malaysia sederhana selepas Ogos 2022, terutamanya dengan pembetulan untuk harga komoditi global dan tekanan rantaian bekalan yang berkurangan di peringkat domestik dan serantau.
Unjuran IHP keseluruhan meningkat sedikit kepada 3 peratus pada 2022.
"Dalam persekitaran harga komoditi global yang meningkat, tekanan inflasi di Malaysia terjejas oleh inflasi makanan yang tinggi.
"Kami menjangka harga makanan akan meningkat 5.5 peratus pada tahun ini, antara lain berikutan penyusutan ringgit berbanding dolar AS," katanya.
Menjelang 2023, MIDF Research berkata faktor pendorong bekalan terhadap inflasi dijangka berkurangan, disokong oleh kenaikan ringgit berbanding dolar AS, harga makanan yang sederhana, kelonggaran dalam rantaian bekalan global dan harga komoditi yang rendah.
Bagaimanapun, prospek inflasi Malaysia kekal suram pada tahun depan, menantikan pendekatan kerajaan baharu mengenai mekanisme subsidi bahan api selepas pilihan raya umum.
"Jika kerajaan baharu mengekalkan status quo berhubung subsidi bahan api, inflasi keseluruhan akan berada antara 2.3 peratus dan 2.5 peratus pada 2023.
"Jika mekanisme subsidi dimansuhkan sepenuhnya, inflasi keseluruhan boleh mencecah 10 peratus manakala harga bahan api runcit domestik akan menyaksikan kenaikan empat hingga 5 peratus pada tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022
![Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666361161_BankNegaraMalaysia.jpg)
Tekanan inflasi di Malaysia sederhana selepas Ogos 2022, terutamanya dengan pembetulan untuk harga komoditi global dan tekanan rantaian bekalan yang berkurangan di peringkat domestik dan serantau. - Gambar hiasan
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725606635_tbBANKNEGARA.jpg)
Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini
CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus sehingga akhir 2025.
![BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725268493_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
BNM berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras berpurata pada 1.8% pada separuh pertama tahun 2024.
![Sektor perbankan kekal menarik, OPR dijangka stabil pada 3 peratus - Kenanga Sektor perbankan kekal menarik, OPR dijangka stabil pada 3 peratus - Kenanga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725432210_BankNegaraMalaysia.jpg)
Sektor perbankan kekal menarik, OPR dijangka stabil pada 3 peratus - Kenanga
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) menjangkakan pelabur akan terus memberi tumpuan kepada sektor perbankan yang kekal menarik dalam persekitaran keadaan ekonomi bertambah baik.
![Firma penyelidikan jangka BNM kekalkan OPR 3.0 peratus Firma penyelidikan jangka BNM kekalkan OPR 3.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725268493_BankNegaraMalaysia.jpg)
Firma penyelidikan jangka BNM kekalkan OPR 3.0 peratus
Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat minggu ini.
![BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725253240_tbstandardchartered.jpg)
BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered
Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3%.
!['BNM dijangka kekal OPR 3.0 peratus Khamis ini' 'BNM dijangka kekal OPR 3.0 peratus Khamis ini'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720504910_tbBANKNEGARA.jpg)
'BNM dijangka kekal OPR 3.0 peratus Khamis ini'
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.0 peratus dalam mesyuarat dasar monetarinya yang akan datang pada 11 Julai.
![Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715312372_BNM.jpg)
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
![BNM mungkin kekalkan OPR sepanjang 2024 BNM mungkin kekalkan OPR sepanjang 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709899937_tbBANKNEGARA.jpg)
BNM mungkin kekalkan OPR sepanjang 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sepanjang 2024.
![Malaysia ada ruang dasar monetari lonjak pertumbuhan ekonomi - Ahli ekonomi Malaysia ada ruang dasar monetari lonjak pertumbuhan ekonomi - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Malaysia ada ruang dasar monetari lonjak pertumbuhan ekonomi - Ahli ekonomi
Kadar OPR sejak 2022 telah mewujudkan ruang dasar untuk Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak balas terhadap kemungkinan pertumbuhan ekonomi kurang memberangsangkan.
![Kerajaan kekal pendirian tidak tambat ringgit - Ahmad Maslan Kerajaan kekal pendirian tidak tambat ringgit - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686638904_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan kekal pendirian tidak tambat ringgit - Ahmad Maslan
Menambat ringgit akan menyebabkan Malaysia hilang uoaya untuk meneruskan dasar monetari dan memaksa Bank Negara Malaysia menaikkan OPR.