PUTRAJAYA: Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan, dijangka lebih menumpukan usaha membantu kalangan perniagaan dan pembayar cukai individu berikutan keadaan negara yang kini dalam proses pemulihan ekonomi.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Mohd Nizom Sairi berkata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijangka membuat pengumuman dalam bentuk insentif atau pelepasan cukai berdasarkan keadaan serta keperluan semasa pembayar cukai.
"Kerajaan juga memerlukan hasil cukai yang lebih agar dapat berbelanja untuk kepentingan rakyat. Oleh itu perlu ada keseimbangan agar tidak memberi pelepasan yang (sebaliknya) menyebabkan program pembangunan negara tidak dapat dijalankan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Akademi Percukaian Malaysia (APM) di sini, hari ini.
Selain itu, Mohd Nizom berkata LHDN yakin dapat mencapai sasaran hasil kutipan cukai langsung melebihi RM139.3 bilion tahun ini, selaras dengan perkara digariskan dalam Bajet 2022 susulan perkembangan positif ekonomi pasca pandemik COVID-19.
Jelas beliau, LHDN kini di landasan untuk mencapai sasaran Bajet 2022 memandangkan kini di suku terakhir.
"Ini petanda bahawa pertumbuhan ekonomi adalah seperti dijangkakan kerajaan. Keadaan semasa dari segi sumbangan perniagaan dan individu kepada percukaian juga menunjukkan negara di landasan tepat untuk proses pemulihan," katanya
Mengulas majlis konvokesyen itu, Mohd Nizom berkata seramai 362 orang graduan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang percukaian profesional, perakaunan profesional dan penyiasatan percukaian.
Beliau juga menyifatkan APM sebagai gedung ilmu percukaian LHDN dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu, kompeten dan berkualiti demi kelestarian perkhidmatan percukaian.
APM turut menubuhkan satu jawatankuasa untuk membangunkan modul pembelajaran lebih tinggi iaitu Program Sarjana Profesional Percukaian (PSPP) sebagai inisiatif bagi terus membudayakan pendidikan percukaian dan menyediakan modal insan berkualiti seiring piawaian pentadbir cukai antarabangsa.
Menurutnya, selain latihan, LHDN turut menghantar pegawainya mengikuti kursus di luar negara bagi memantapkan kemahiran menyiasat dan mengaudit berikutan perniagaan yang kini berkembang ke peringkat global.
Pada masa sama, LHDN juga mengambil langkah pencegahan dengan memberi kesedaran dan menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan pembayar cukai, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022

Mohd Nizom bercakap kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Akademi Percukaian Malaysia Keenam di Ibu Pejabat LHDN hari ini. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.